" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa, dan janganlah sampai kamu mati, melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenarnya. Berpegang-teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah. Ingatlah kurnia Allah diatasmu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkanNya hati kamu (dalam agama Allah), sehingga dengan kurnia Allah itu kamu menjadi bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, lalu di selamatkanNya kamu daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yang benar. (Surah Ali Imran 102-103)
Ini adalah suatu perintah dari Allah azzawajalla kepada hamba-hambaNya dari golongan kaum Mu'minin supaya bertaqwa, kerana Allah telah mengumpulkan di dalam sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat. Kemudian di suruh pula hamba-hambaNya dari golongan kuam Mu'minin itu supaya bertaqwa kepadaNya agar mereka bisa berjaya dan mencapai penghormatan yang telah di sediakan didalam sifat taqwa itu dari kebajikan dan kesempurnaan juga kebahagiaan dan kemenangan, semata-mata sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya dari kuam Mu'minin, dan sememangnyalah Allah Amat Kasih terhadap hamba-hambaNya yang Mu'minin itu.
Sedang taqwa itu pula merupakan wasiat utama dari Allah swt untuk orang-orang terdahulu dan terkemudian.
No comments:
Post a Comment