Sabda Rasulullah saw
"Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, kiranya is elok, maka eloklah seluruh tubuh badan itu. Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan pula. Ia itu adalah hati"
"Sesungguhnya Alla tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu. Dia melihat kepada hati dan niat kamu."
Oleh itu hendaklah anda membenarkan ucapan anda dengan amalan, dan membenarkan amalan anda dengan niat serta ikhlas, dan membenarkan niat dan ikhlas pula dengan membersihkan batin dan meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal dan punca segala perkara.
Hendaklah anda berhati-hati dengan sungguh-sungguh mudah-mudahan Allah merahmati anda, agar anda menemui Allah Ta'ala kelak dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid'ah dan akhlak yang terkeji, seperti menyombong diri dan riya', seperti hasad dan tipudaya terhadap kaum Muslimin, dan seumpamanya. Mintalah pertolongan dari Allah Ta'ala serta bersabar, berusaha dan mengambil berat terhadap perkara-perkara ini.
No comments:
Post a Comment