Monday, November 21, 2011

Diana's miracle

My friend Diana has long longed for a child.  Married close to 20 years, she tried everything.  The gynae, traditional methods, year in, year out, still in vain.

Turning forty on November 4th, she threw a big party. A milestone in her life she said. Balloons everywhere.

She has a good marriage, a long standing career at A&W and a nice house that she loves to decorate.

She resigns to the fact that if she still cannot conceive since her biological clock is running out of time, she would accepts her lot with an open heart.

Until Allah gave her her 40th birthday gift.  Surprisingly and unsuspectingly and finally, Diana found herself pregnant. Mimi and I could only shout.

Only that, her womb is weak and some complication has occurred. She was instructed by the doctor  to rest and not to do anything vigorous.

She said Allah heard her prayers to have a child like everyone else. I controlled my tears.  Knowing how hard she tried to conceive, I told her that we will all pray for the baby to survive.  I pray that the baby is a survivor, like its Mommy, Diana.  Ya Allah, selamatkan lah dan sihatkan lah baby Na yang sekian lama kami semua nanti-nantikan. Ameen.

Friday, November 4, 2011

Mokcik Moh tersayang.

Mokcik Moh telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 30 October yang lalu. Oleh sebab aku di beritahu 3 hari selepas pergi nya beliau, membuat ku masih lagi terdengar-dengar suaranya yang lembut, tawanya yang comel dan wajah nya yang manis di ulang tayang dalam kepala ku entah berapa kali sehari. Mungkin jika aku dapat menatap jenazah beliau dan memberi kucupan yang terakhir.....

Maka padam lah sebuah lampu yang menerangi hidup ku, itu sahaja lah yang dapat ku rungkaikan dari segala perasaan yang aku rasai ketika ini.  Terkilan tidak di beritahu. Menyesal kerana tidak berjumpa dengan nya ketika dia datang ke sini. Menyoal kenapa dia pergi tiba-tiba tanpa di duga langsung. Hati ku masih lagi meraba-raba satu kepastian, apakah yang sepatutnya.

Mokcik Moh atau nama sebenarnya Hasmah binti Jaafar, ialah mak saudara sepupu ku.  Seorang insan yang cukup istimewa, kerana beliau sangat sederhana.  Tetapi dalam kesederhanaann itu, terbit satu jiwa yang cukup menyenangkan. Yang tiada tandingnya.  Tak pernah ku dengar sesuatu yang kasar  keluar dari mulutnya, paling pun, dia akan diam. Bila beliau bersuara, dia hanya perkatakan yang baik, biasanya  di sulami  jenaka dan tawa.Yang pasti,  yang tak baik, tidak di sebut atau pun di sebut dengan cara yang baik. Yang memahami, akan tahu bahawa dia tidak setuju apabila dia diam.

Aku mengenal beliau sejak kecil, kerana arwah ibu rapat dengannya. Aku cukup bangga memilikinya dalam hidup ku.

Ketika beliau susah pada zaman dahulu kala, di harunginya dengan sabar dan senyuman. Apabila dia senang, di hiasi dengan murah hati dan senyuman.  Pendek kata, sifat-sifat tersebut sudah sinonim dengan beliau, dan saya pasti, amat sedikit atau pun tiada langsung orang yang akan mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang beliau setelah beliau menghembus nafas yang terakhir.

Aku bukan menulis hanya sekadar hendak update blog ku.  Aku ingin kongsi di sini tentang seorang insan yang mempercayai pentingnya menjadi seorang yang baik, seorang isteri dan ibu yang baik dan telah mempraktikkan kebaikan itu seluruh hidupnya. Sungguh mengkagumkan.   Tak mudah,  kerana kita manusia kadang-kadang hilang pertimbangan dan kesabaran dan akan bertindak  kasar dan tidak pantas  terhadap orang lain. Kalau lazimnya, seperti orang lain, beliau punyai kelemahan, tidak ketara buat ku ataupun  telah di lupuskan oleh kebaikannnya.

Boleh kah aku diam ketika marah seperti nya? Bolehkan aku taat sepertinya? Bolehkan aku murah hati dan berhemah seperti nya? Bolehkan aku rendah diri  sepertinya?

Hatiku masih mengapai-ngapai kehilangan ini.  Dalam panggilan terakhir ku padanya,  sempat kami sayang menyayang  ketika aku  memberitahunya bahawa aku menyayangi nya dan dia pun membalas yang sama. Masa tu baru selesai kenduri dan aku terlalu penat untuk pergi berjumpanya. Kalau lah aku tahu masa beliau dengan kami terlalu pendek, akan ku gagahi jua, walau letih mana sekali pun.

Kini dia sudah tiada, aku akan sematkan semua kenangan Mokcik Moh di khazanah hati ku, akan ku petik sifat-sifatnya dan tampal dalam sanubari ini,  untuk mengingatkan ku bahawa benar lah  Allah tidak memandang paras rupa tetapi memandang akhlak dan taqwa seorang hamba. Kerana hati dan budi yang baik itu adalah perhiasaan yang terindah.

Mokcik Moh.....

Semoga Allah cucuri rahmat di atas roh Mokcik Moh dan di golongkan di kalangan orang-orang yang solihin. Ameen.