Anak-anak kata "Mama tulis dalam bm tak sedap". Macam tulisan budak sekolah rendah, kata mereka. (!!???) Mereka lebih suka saya menulis dalam BI. Saya mengaku saya lebih cenderung kepada English sejak dari kecil lagi. Tak tahu kenapa tetapi ia berlaku dengan sendirinya. Zaman itu era English atau British masih dominasi kehidupan dan pembelajaran orang melayu post merdeka di bandar. Saya masih ingat buku 'Story Book' yang ayah belikan untuk kami. Sebuah buku tebal, setebal 3 inci. Masa itu saya dalam usia 6 atau 7 tahun, dan saya akan membawa buku itu kemana-mana, kerana sangat berminat walaupun saya belum pandai membaca. Ayah selalu kata, 'not for you, tunggu besar' tetapi abang-abang seorang pun tak minat membaca fairytales. So sebenarnya 'it is for me'.
Ayah berasal dari Singapore yang telah melalui zaman British dan Jepun. Pengalaman-pengalaman nya yang pahit getir di bawah jajahan itu telah membuat beliau amat fasih dalam BI. Mungkin juga pengaruh masyarakat cina di sekelilingnya yang turut menjadikan dia selesa bertutur dalam BI.
Jadi akar BI amat kuatlah kehadirannya dalam khazanah bahasa saya. Sebenarnya lebih kuat dari BM. Sebab berpuluh-puluh tahun membaca buku BI dan mengamati dan mengutip jalan fikiran orang barat. Ada baik dan ada tak baik.
Walaupun tak sedap di baca, saya tahu saya akan improve. Sudah tiba masa saya menyelami dan menguasai BM pulak. Sebagai seorang yang 'kaki huruf' , saya jelas terhadap apa yang berlaku dalam proses berfikir dan menulis dalam BI, BM dan BA.(Bahasa Arab. Lulus sahaja) Masing-masing membawa bukan sahaja maksud, tetapi seluruh budaya dan kekuatan bahasa itu sendiri.
Sabarlah dengan kesilapan saya...ok....I will still write in English. Maybe this is just a phase....like the other phases....maybe not....
No comments:
Post a Comment