Friday, April 23, 2010

Tentang pokok dalam Al-Quran

Saya ni memang suka pokok dan apa-apa yang datang dari pokok.  Saya cintakan bunga-bunga, gila makan buah-buahan, suka hijau-hijauan,  dan selalu kagum dengan kejadian pokok dari sekecil-kecil benih sehingga lah kepada sebesar-besar pokok yang melabuh dan melebatkan daun dan dahan nya untuk menaung serta  memberi teduh kepada makhluk-makhluk Allah di bumi ini. Seperti pokok oak atau semarak api.  Hasil pokok pun saya suka, kayu, kertas, oksigen.


Terlalu saya sukakan buah-buahan sehinggakan apabila saya makan buah, saya akan makan bijinya sekali. Betul!  Saya  makan biji epal, oren, anggur dan betik. Sebab saya baca dalam satu artikel, pada biji nya ada nutrient. Betul ke tidak saya tak tahu, tapi saya tidak ada masaalah memakannya, terutama sekali biji nangka yang di rebus.



Dan jika saya membeli buah, sekejap sahaja akan habis di makan. Oleh saya. Mimi selalu giling kepalanya kerana tak sempat nak makan.Lagi-lagi buah-buah yang sedap seperti anggur atau durian.  Apa nak jadi tak tahu lah. Alasan saya, daily intake of natural vitamins.

Dalam Quran, pokok juga di jadikan perumpamaan oleh Allah swt.


Firman Allah:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah.) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luasa (kurnianya) lagi Maha Mengetahui. (AlBaqarah ayat 261)

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun  yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (Al Baqarah ayat 264)

No comments: