Baru-baru ini saya berkenalan dengan satu pasangan muda yang pada saya, agak ideal. Boleh dikatakan mereka ini membina rumah tangga yang Islamic. Rumah mereka tenang. Kedua-duanya pelajar lulusan mesir. Si suami tinggal di mesir selama 10 tahun dan si isteri 7 tahun. Ustaz berwatakan proaktif. peramah dan bersemangat tinggi, amat sesuai dengan peranan nya sebagai ustaz yang sedang menyambung sarjana nya di Universiti Malaya sambil mengajar di masjid, dan Ustazah pula pendiam dan lebih sebagai pemerhati walaupun pada mata saya, dari gerak-gerinya dan tutur kata, jelas beliau seorang yang berilmu tinggi. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang sangat comel dan keletah. Si kecil ini yang menyambut saya di pintu dan bila saya menyuruhnya memanggil ayahnya, dia berkata, "abi sibuk, tak boleh kacau".
Ustaz menceritakan bahawa dia tidak bercinta dengan isteri nya seperti kebiasaan orang muda. Sekadar apabila dia yakin sudah sampai waktu nya untuk berumahtangga, dia meminta tolong sahabat-sahabatnya mencarikan isteri untuk nya. Setelah dua kali bertemu Ustazah, dan Ustazah bersetuju, beliau menalipon ayah Ustazah dan terus mendapat persetujuan keluarganya dan mereka berkahwin semasa belajar di Mesir.
Kadang-kadang soal jodoh ni susah hendak di kupas rahsia-rahsia nya. Ada yang sukses, ada yang tidak dapat bertahan. Ustaz 100% serah pada tentuan ilahi dan dia telah dapat isteri yang sempurna untuk diri nya. Sekali cuba sahaja.
Saya mengagumi perkahwinan-perkahwinan yang berjaya. Di sekeliling saya, ramai pasangan-pasangan yang bahagia. Ada yang sudah bercucu pun. Tetapi ada juga yang bermasaalah.
Dari sudut ini saya agak tidak bernasib baik, tetapi saya akur dengan takdir. Saya telah mencipta satu kata-kata hikmah, " if you don't get the best, be the best second best".Ibu tunggal pun boleh hidup bahagia juga. Isikan hidup dengan perkara-perkara yang baik dan teruskan memperjuangkan hidup kita dengan apa yang Allah beri kepada kita. Jika kita boleh menerima ketidaksempurnaan, sempurna lah hidup kita.
No comments:
Post a Comment