Bagaimana awan terjadi? Mula-mula sang suria memanaskan bumi ini. Kepanasan itu menyebabkan terbentuknya wap-wap udara di permukaan air pada lautan, sungai atau tasik-tasik. Dan semua wap-wap yang panas ini akan naik ke atas langit lalu bersatu menjadi kepulan-kepulan awan. Apabila wap-wap ini padat, ia menjelas dalam bentuk titisan-titisan air yang akan turun sebagai hujan.
Awan-awan di Kota Bharu lebih cantik daripada awan di KL. Cuba perhati.
Baru-baru ini makcik saya komen tentang indahnya awan di rumah nya di Kuantan. Lega saya, kerana saya ingatkan diri saya agak ganjil kerana suka perhatikan awan. Rupa-rupanya 'it runs in the family'.
Aishah pun suka tengok awan. Kadang-kadang di panggilnya saya ketingkap," MAMA! MAMA! TENGOK NI!! Mula-mula saya ingatkan dia nampak UFO, atau burung cantik , rupa-rupanya awan.
Lagi pun, Allah selalu menyebut tentang 'samawaati wal ardh', iaitu langit dan buminya. Jadi, kita kena perhati-perhatikanlah apa yang di sebut Allah. Mesti ada sebab.
Disini saya tunjukkan gambar-gambar langit yang di ambil photographer baru kita, Mimi.
No comments:
Post a Comment