Friday, February 19, 2010

Saturday, February 13, 2010

The neighbourhood lit up on chinese new year's eve

One thing for sure, the sarawakians have money to burn. And they usher the chinese new year on a higher note then in Semenanjung.  I have heard about the ban on fire crackers back home but obviously no such thing here. Late last night was fire works and fire crackers galore. The crackers were none stop with its many degree of explosions,  ones that crackle loudly,  some that goes off like pistols and those like bombs that set off the car alarms, and the fire works were  totally awesome.  There were fireworks infront of our houses, far left, far right, behind our houses,  we were going back and forth. Not the small, shy ones we buy at the shop mind you, big ones.   'Doosh' it shoots  in the air, then explodes into beautiful, dazzling and colourful sprays of fire in all sorts of patterns.   Most of the neighbours were out of their houses, we just peep through the curtains in our sleeping clothes with Aishah and Shaz needing to sleep since they have to get up very early.

But of course, we could not sleep until the racket stopped about an hour after the year of the tiger had emerged at 12 am. Wow! The sarawakians celebrate big time. Happy Chinese New Year to my chinese new neighbours!

Thursday, February 11, 2010

Yang pahit dijadikan ubat, yang manis di jadikan penawar

Saya lihat di blog Aishah ada yang telah menulis, Kemanisan Dalam Ujian.  Subhanallah, beruntung nya seorang insan yang dapat kemanisan dari ujian...sememangnya ada keindahan dalam jiwa nya. Hanya jiwa yang mempunyai keindahan yang akan mengeluarkan keindahan. Bukan semua dengan semulajadi ada  kelebihan ini, dan oleh sebab ini lah, jarang-jarang benar orang mengecapi kemanisan bila di landa musibah. Melainkan para-para wali dan yang seangkatan dengan nya  Jika tidak melalak dek kesedihan, menjerit dek kemarahan, tidak pun putus asa dan menjadi orang yang pesimis  dan hilang keyakinan dalam hidup dan orang lain.

Saya manusia lemah yang masih di hantui kecelakaan masa lampau yang berlaku sudah sekian lama. Hodoh betul diri ini yang hilang keyakinan, yang nampak perkara yang buruk-buruk sahaja. Tetapi, ini lah kenyataan diri saya, buat apa saya lakarkan gambar yang sebaliknya.

So, moral of the story, di dalam diri semua orang, boleh di keluarkan  khazanah hati yang indah atau pun hodoh. Perhati-hatikan lah. Jika rasa nya teruk bagaikan monster, banyak-banyak lah tarbiah kan diri dengan superimpose sifat-sifat yang baik. Percaya lah, akal kita boleh merosakkan kita dan juga orang lain jika situasi menghendakkannya.  Bila sedih bercampur marah, bercampur sempit bercampur pahit, monster lah jadinya. Apabila bercampur nafsu bercampur tamak, bercampur pentingkan diri sendiri bercampur  aniaya, jadilah monster yang lebih besar, yang makan orang lain.

Wednesday, February 10, 2010

Menjahit la kita

Salam sejahtera dan selamat pagi.....lama saya tidak menulis...tak tau lah, kena sampuk ke, stress ke atau sebab-sebab yang tak di ketahui, jangan kan menulis, berfikir pun tak boleh. Saya rasa seolah-olah akal saya di litupi kabus tebal, tak nampak apa-apa. Kalau di tanya  apa-apa pendapat,  rasa nya saya tak dapat jawab. Alhamdulilah dengan solat dan mengaji, semakin jelas proses akal ini. Itu lah agaknya yang di katakan mati akal ke, akal buntu ke,  tak tau lah. Jangan sihir, sudah.

Saya akan mula menjahit kembali setelah sekian lama berhenti. Untuk mengisi masa di long house. Mesin jahit lama yang banyak berjasa pada saya dan keluarga telah sampai ajalnya apabila ia pecah ketika tiba di Kuching. Dengan hati yang amat berat, saya sedekahkan pada seorang pakcik di masjid yang kata dia boleh baiki.  Saya sudah beli mesin baharu tetapi tak sama dengan mesin lama kerana ia  telah menjadi saksi banyak kisah-kisah yang pahit manis ketika hayatnya bersama saya, kerana pada satu ketika , sebahagian pendapatan saya adalah dari hasil menjahit cadar-cadar.

Yang sedihnya, pada permulaan nya lagi, ketika saya mula-mula belajar menjahit cadar, dan mengangkut mesin lama ke hulu ke hilir, saya telah di duga dengan dugaan-dugaan yang berat dan aneh. Pada masa saya  menghadiri kelas di kl, ketika itu saya tinggal di kota bharu, dugaan bermula dengan Aishah jatuh sakit kuning.  Jaundice.  Bukan sakit yang ringan-ringan, tetapi sakit yang sangat kami hendak jauhi  walaupun kami semua pembawa hepatitis B, dan arwah ibu pada masa itu telah mula complication yang berasal dari penyakit ini. Kursus terpaksa di habiskan juga dengan cepat dan bergegas-gegas pulang. Dan selepas itu mula lah kehidupan yang serba bergegas-gegas.

Sebagai ketua keluarga saya, saya teruskan juga menjahit  dan berhasil  mendapat pendapatan yang boleh menyara anak-anak. Akan tetapi, diantara waktu saya bermula menjahit pada 2000  hingga lah saya berhenti  pada 2002, iaitu di samping  mencari kain, memotong kain, menyantum  dan kemudian mengemaskan jahitan, hidup kami di rundung bermacam-macam penyakit. Masa itu, saya dah tak sedar apa  yang saya lakukan, bukan saya yang handle masaalah, masaalah yang  handle saya. Seumpama orang yang berputar dalam puting beliung rasanya, tak mampu hendak keluar.

Aduhai.....saya wajib banyak beristighfar, terlampau banyak dosa. Dugaan lagi, dosa lagi, masaalah sendiri, masaalah orang lain yang melanda hidup saya. Tetapi ada sesuatu yang saya belajar yang saya hendak kongsi bersama hari ini.

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman  kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk  kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah At-taghaabun ayat 11).

Banyak yang saya tak tahu, tapi apa yang saya tahu ialah, Allah menyuruh kita bergantung pada Nya dengan solat,  berdoa dan meminta padaNya, bersabar dan bersyukur. Ini semua jalan-jalan penyelesaian masaalah. Bila kita lakukan ini semua, separuh beratnya masaalah itu telah di angkat.  Tambah lagi dengan istighfar dan menjauh perkara-perkara yang tidak baik dan petunjuk yang berlandas kan ajaran AlQuran, insyaAllah lambat laun, masaalah dapat di atasi sepenuhnya.

Kita manusia biasa yang selalu membuat salah, salah hitung, salah tafsir, salah fikir, salah langkah. Lagi-lagi jika salah silapnya bermula terlalu lama dahulu yang tidak di perbetulkan. Jangan terlampau menghukum diri, belajar lah dari kesalahan itu dan biar ia berlalu. Minta maaf, maaf kan orang, dan maafkan diri sendiri. Dan isikan hidup dengan perkara-perkara yang lebih baik.

Monday, February 8, 2010