This is not the first topic of Nasihat Agama dan Wasiat Iman, but I cannot take it out of my mind.
"Belum sempurna akal, jika tidak tahu mentadbir. Bukan lah wara' jika tidak mengekang diri. Tidak ada pangkat sebelum berbudi luhur"
Untuk saya, mentadbir tu bukan di tujukan kepada pemerintah sahaja. Tetapi umum, kepada para bapa para ibu, pekerja, pelajar, pendek kata, kepada semua orang dewasa.
Apabila kita didalam alam dewasa, kita akan di berhadapan dengan banyak perkara yang lebih rumit. Hidup tidak semudah. Kita kena buat pilihan-pilihan yang payah. Banyak masa kita tidak dapat apa yang kita mahu. Atau keadaan jauh dari apa yang kita jangka. Kita jumpa bermacam jenis manusia yang perlukan kita berwaspada dan beranika masaalah yang lain.
Sebab tu kita lihat, ada orang yang boleh berfikir dengan baik, dia berjaya mengatasi semua obstacle yang dia hadapi. Mungkin melalui kesusahan dan kepayahan dahulu, atau trial and error , tetapi akhirnya, dia berjaya juga.
Dan ini menunjukkan orang-orang yang berjaya dunia akhirat, orang-orang yang lebih sempurna akal nya dari yang lain.
So, kita cuba golongkan diri kita bersama orang-orang begini. Guna akal kita dengan baik, jaga akal kita dari perkara-perkara yang boleh memudharatkannya. Tadbirlah diri, keluarga dan perkerjaan dengan baik, dan ini termasuklah mentadbir diri apabila kita bersama orang lain.
Jangan lah jadi orang yang tak sempurna akal.
No comments:
Post a Comment