Thursday, April 29, 2010

desiderata by max ehrmann

Semalam ketika saya berjalan keluar dari ruang rawatan di PPUM, saya ternampak sebuah  puisi  di dinding.  Oleh kerana kesuntukan masa, saya tak dapat salin, tetapi ambil nama penulis puisi  tersebut untuk di cari di internet apabila pulang nanti supaya dapat di kongsikan bersama.  Untuk saya, ini ialah salah satu puisi yang sangat  indah  yang saya pernah jumpa. Ia di tulis oleh seorang peguam  pada  awal abad dan desiderata bermakna 'the things we desire'. Kita letak gambar lamp comel  yang  Mimi ambil  untuk memberi kesan yang lebih sentimental....
desiderata - by max ehrmann

Go placidly amid the noise and haste, and remember what peace there may be in silence.

As far as possible, without surrender, be on good terms with all persons. Speak your truth quietly and clearly; and listen to others, even to the dull and the ignorant, they too have their story. Avoid loud and aggressive persons, they are vexations to the spirit.

If you compare yourself with others, you may become vain and bitter; for always there will be greater and lesser persons than yourself. Enjoy your achievements as well as your plans. Keep interested in your own career, however humble; it is a real possession in the changing fortunes of time.

Exercise caution in your business affairs, for the world is full of trickery. But let this not blind you to what virtue there is; many persons strive for high ideals, and everywhere life is full of heroism. Be yourself. Especially, do not feign affection. Neither be cynical about love, for in the face of all aridity and disenchantment it is perennial as the grass.

Take kindly to the counsel of the years, gracefully surrendering the things of youth. Nurture strength of spirit to shield you in sudden misfortune. But do not distress yourself with imaginings. Many fears are born of fatigue and loneliness.

Beyond a wholesome discipline, be gentle with yourself. You are a child of the universe, no less than the trees and the stars; you have a right to be here. And whether or not it is clear to you, no doubt the universe is unfolding as it should.

Therefore be at peace with God, whatever you conceive Him to be, and whatever your labors and aspirations, in the noisy confusion of life, keep peace in your soul.

With all its sham, drudgery and broken dreams, it is still a beautiful world.

Be cheerful. Strive to be happy.

Max Ehrmann c.1920



Tuesday, April 27, 2010

tentang mata air

I am writing about what I like in this world eventhough maybe no one is interested to know, or care. (or say, ade aku kesah)  Anyway, let us share this thought.

I have always thought that a spring is life's small miracles, The spring gives the most pure water to all Allah's creatures.  Spring will spring out of unexpected places as Allah and nature will it.  In the forest, on the hills, in the valleys and amazingly,  in the deserts. Unfortunate for our vast sea, we cannot drink from it.

The spring is water that flows underground  in the cracks and crannies of the earth and stones and would be leak out onto the surface by its volume.  Or when it rains, the water evaporate  into the ground  and accumulate underneath, that when it surfaces, it has already been through the process of natural filtering,  that the water will be full of minerals and free from whatever our  pipe water is contaminated by.

The spring or 'uyun' is mentioned many times in the Quran as one symbol of nikmat Allah provides for His believers.  The uyun is provision and sustainance. Water is crucial and to be promised 'jannatun wa uyun' by Allah means eternal salvation in the hereafter.

Just look at Telaga Zamzam which is said not linked to any source of water but from heavan. I have never fail to be awed by Telaga Zamzam and whatever is said about its well or water or  those whom the well came into form for.

In arabic a spring is ainon, many springs is uyun. Ainon also means eyes, for the tears well up in the eyes, just like the springs that well up from the earth.

Monday, April 26, 2010

English atau BM?

Anak-anak kata "Mama tulis dalam bm tak sedap". Macam tulisan budak sekolah rendah, kata mereka. (!!???) Mereka lebih suka saya menulis dalam BI.  Saya mengaku saya lebih cenderung kepada English sejak dari kecil lagi.  Tak tahu kenapa tetapi ia berlaku dengan sendirinya. Zaman itu era English atau British masih dominasi kehidupan dan pembelajaran orang melayu post merdeka di bandar.  Saya masih ingat buku 'Story Book' yang ayah belikan untuk kami.  Sebuah buku tebal, setebal 3 inci. Masa itu saya dalam usia 6 atau 7 tahun, dan saya akan membawa buku itu kemana-mana, kerana sangat berminat walaupun saya belum pandai membaca. Ayah selalu kata, 'not for you, tunggu besar' tetapi abang-abang seorang pun tak minat membaca fairytales. So sebenarnya 'it is for  me'.

Ayah berasal dari Singapore yang telah melalui zaman British dan Jepun. Pengalaman-pengalaman nya yang pahit getir di bawah jajahan itu telah membuat beliau amat fasih dalam BI.  Mungkin juga pengaruh masyarakat cina di sekelilingnya yang turut menjadikan dia selesa bertutur dalam BI.

Jadi akar BI amat kuatlah kehadirannya dalam khazanah bahasa saya. Sebenarnya lebih kuat dari BM.  Sebab berpuluh-puluh tahun membaca buku BI dan mengamati dan mengutip jalan fikiran orang barat. Ada baik dan ada tak baik.

Walaupun tak sedap di baca, saya tahu saya akan improve.  Sudah tiba masa saya menyelami dan menguasai BM pulak. Sebagai seorang yang 'kaki huruf' , saya jelas terhadap apa yang berlaku dalam proses berfikir dan menulis dalam BI, BM dan BA.(Bahasa Arab. Lulus sahaja) Masing-masing membawa bukan sahaja maksud, tetapi seluruh budaya dan kekuatan  bahasa itu sendiri.

Sabarlah dengan kesilapan saya...ok....I will still write in English. Maybe this is just a phase....like the other phases....maybe not....

Sunday, April 25, 2010

Tentang awan

Awan adalah satu kejadian Allah yang juga menakjubkan saya .  Pertama, sebab ia sangat putih dan sangat fluffy. Macam kapas gergasi. (Yang mengingatkan saya  pada cotton candy.)

Bagaimana awan terjadi?  Mula-mula sang suria memanaskan bumi ini.  Kepanasan itu menyebabkan terbentuknya wap-wap udara  di permukaan air pada lautan, sungai atau tasik-tasik. Dan semua wap-wap yang panas ini akan naik ke atas  langit lalu  bersatu menjadi kepulan-kepulan awan.  Apabila wap-wap ini padat, ia menjelas dalam bentuk titisan-titisan air yang akan turun sebagai hujan.

Awan-awan di Kota Bharu lebih cantik daripada awan di KL. Cuba perhati.

Baru-baru ini makcik saya komen tentang indahnya awan di rumah nya di Kuantan. Lega saya, kerana saya ingatkan diri saya agak ganjil kerana suka perhatikan awan. Rupa-rupanya 'it runs in the family'.

Aishah pun suka tengok awan. Kadang-kadang di panggilnya saya ketingkap," MAMA! MAMA! TENGOK NI!!  Mula-mula saya ingatkan dia nampak UFO,  atau burung cantik , rupa-rupanya awan.

Lagi pun, Allah selalu menyebut tentang 'samawaati wal ardh', iaitu langit dan buminya. Jadi, kita kena perhati-perhatikanlah  apa yang di sebut Allah. Mesti ada sebab.

Disini saya tunjukkan gambar-gambar langit yang di ambil  photographer baru kita, Mimi.

Lagi tentang pokok dalam Al-Quran

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.  Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi;  tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuatkan apa yang Dia kehendaki.(Surah Ibrahim ayat 24-27)

Saturday, April 24, 2010

ugly balloon


dear ecah,

hari ni balloon dtg shh alam..kuar paper dah smalam..beritenyer gempak..mi pg, ADA SATU BELON JER..hampehs..so ecah, dun b sad..belon nih naik sikit je..n rm 40 each..5 minit jer pulak tuh..adeh..so x rugi pape la..aaaahhaha..chill ecah sepet~~


Friday, April 23, 2010

Tentang pokok dalam Al-Quran

Saya ni memang suka pokok dan apa-apa yang datang dari pokok.  Saya cintakan bunga-bunga, gila makan buah-buahan, suka hijau-hijauan,  dan selalu kagum dengan kejadian pokok dari sekecil-kecil benih sehingga lah kepada sebesar-besar pokok yang melabuh dan melebatkan daun dan dahan nya untuk menaung serta  memberi teduh kepada makhluk-makhluk Allah di bumi ini. Seperti pokok oak atau semarak api.  Hasil pokok pun saya suka, kayu, kertas, oksigen.


Terlalu saya sukakan buah-buahan sehinggakan apabila saya makan buah, saya akan makan bijinya sekali. Betul!  Saya  makan biji epal, oren, anggur dan betik. Sebab saya baca dalam satu artikel, pada biji nya ada nutrient. Betul ke tidak saya tak tahu, tapi saya tidak ada masaalah memakannya, terutama sekali biji nangka yang di rebus.



Dan jika saya membeli buah, sekejap sahaja akan habis di makan. Oleh saya. Mimi selalu giling kepalanya kerana tak sempat nak makan.Lagi-lagi buah-buah yang sedap seperti anggur atau durian.  Apa nak jadi tak tahu lah. Alasan saya, daily intake of natural vitamins.

Dalam Quran, pokok juga di jadikan perumpamaan oleh Allah swt.


Firman Allah:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah.) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luasa (kurnianya) lagi Maha Mengetahui. (AlBaqarah ayat 261)

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun  yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (Al Baqarah ayat 264)

Pokok kelapa

Entah kenapa, teringatkan pokok kelapa. 

Pokok kelapa ni tersebar melalui berbagai cara. Jadi terbayang buah kelapa yang jatuh dari induk kelapa. Mula-mula jatuh bertaburan, ada yang tergolek  jauh sikit dan  tumbuh jadi pokok.  Ade yang di tolak ribut, masuk ke sebelah sana kampung dan tumbuh jadi pokok.

Ada buah yang dah jatuh bergolek-golek, lepas tu di sepak orang pulak.  Kemudian di tiup ribut sampai ke pantai. Dah takdir nak pegi jauh agaknya.  Lepas tu di tarik air masuk ke laut . Terapung-apung lama la jugak.  Kemudian arus tolak  ke tepian pantai di negeri lain dan tumbuh lah ia menjadi pokok. Jauh betul mengembara si buah kelapa ni.

Ade buah kelapa yang jadi pokok, ada yang kering kontang terus menjadi hampas.  Buah yang sangat baik  tumbuh jadi pokok, berbuah, banyak pulak tu, membiak merata-rata,  jauh dan dekat dan akhirnya menjadi pulau!

Pada sebatang pokok tu, benihnya sangat banyak. Kalau kita tengok pokok rambutan, apple atau pokok getah ke, buah dan benih ada beribu-ribu pada satu pokok. Tapi hanya benih yang elok yang akan jadi pokok.

So, moral of the story, bukan analogy manusia ni tersibar luas mencari sebuah kehidupan, bukan itu. Tetapi,  kebolehan-kebolehan yang mana pada diri kita yang boleh membawa hasil yang baik untuk diri kita dan orang lain.

Tuesday, April 20, 2010

Chocolaty chocolate cake

Every family love chocolate cake. Well, mine does.  Bake one and in a no time, it's gone. I have tried many recipes. The expensive ingredients ones, the cheap ingredients ones, with butter, with oil. The ones you beat first, the ones you just mix everything in. Still have not found the perfect recipe. But  I have tasted a perfect moist choc cake made by a relative. It cost 80rm for one small cake.

Yesterday I found  and tried one recipe from the net which is easy, inexpensive and delicious too.  In a jiffy you can give your family a yummy, scrumptious chocolaty cake. Topped with Mimi's choc topping.

A-mix all
2 cups self raising flour (or plain flour with 2tsp baking powder)
2 cups caster sugar ( I put 1 1/2 cup white sugar and 1/2 cup brown sugar)
3/4 cup cocoa
1 tsp salt
1 1/2 tsp baking soda

B-mix all except hot water
2 big eggs or 3 small eggs (beat )                                                                       
1/2 cup oil                                                                                                         
3/4 cup milk ( fresh , I make milk from powder milk, or diluted evaporated milk)
1 tbsp vanilla essense                                                                                         
I cup very hot water.

Mix together dry ingredients (sift the necessary). Make a well. Pour in all the liquid ingredients (except the hot water) into the well and stir slowly to avoid lumps. When all is mixed well, lastly pour the very hot water,  quick stir until well mixed. Immediately  pour into greased tin (prepared beforehand) or lined with paper and pop into the hot oven.

Mimi's topping

1/2 cup cocoa
1 cup fresh milk
3-4 tbsp condensed milk
1 tbsp marjerin

Stir cocoa with some milk to clear the lumps. Mix everything together and double boil ( put the pot in the kuali filled with water) and stir  until it is thick enough to spread on the cake. (cool cake first)

ENJOY!

Monday, April 19, 2010

Asam Pedas ikan kembung with leek

Yesterday as I was buying some leek at Giant, one kakak who was passing by gave me a tip.  "Kalau masuk dalam masak asam sedap ni dek, potong sekat ni sekat ni, masuk kan." (about 1.5 inches)  With leeks I either tumis air or make it into soup, but never tried it in Asam Pedas.

So I tried it today. We usually add lady fingers or brinjals to asam pedas right? Surprise, surprise, with leek  it is really nice and delicious. Asam Pedas ikan kembung with leek. 

Sunday, April 18, 2010

Cik Siti Payung


Setelah lama tidak berjumpa , saya amat teruja apabila menerima jemputan kenduri dari Siti. Kami anak-beranak pun bertolak selepas sarapan pagi (in our new viva)  ke Muar semalam.

Saya dan Siti sahabat lama, dari zaman saya bersama Nasaruddin lagi.  Kami berjumpa pertama kali di takleem jemaah tabligh 26 tahun dahulu.  Pada masa itu kami berdua ibu muda anak seorang. Saya berkelekkan Hajar dan Siti berkelekkan Zahidin yang sebaya, lahir pada bulan yang sama. Kemudian di takdirkan  Siti berpindah ke rumah di hadapan rumah saya, dan kami menjadi jiran rapat untuk beberapa tahun. Anak-anak kami yang lain lahir lebih kurang pada tahun-tahun yang sama. Masing-masing 3 orang anak.

Selepas saya bercerai dan berpindah ke Kuala Lumpur, maka terpisah lah kami, tetapi tak terpisah terus, lama-lama sekali kami berjumpa atau berhubung.

Siti adalah sumber inspirasi terdekat buat saya. Bukan sebab saya hendak mengandam, minat saya bukan di situ, diri sendiri pun tak terandam. Tetapi kerana Siti anak kampung   yang mempunyai kreativiti dan cita-cita. Lebih baik lah dari anak bandar seperti saya yang tidak dapat cari jalan keluar.  Siti  di anugerahkan rupa yang menawan dan sifat-sifat yang menarik, juga kecekapan. Siti lah yang mula menjahit cadar dari tiada apa-apa selain sebuah mesin jahit usang, gunting dan jarum peniti.  Dari situ, dia telah menjual berdozen-dozen cadar. Apa-apa yang di laksanakan Siti, dia buat dengan bersahaja, berbekal senyuman yang tak pernah lekang dibibirnya,  tengok-tengok, Wow! semuanya menjadi. No sweat!

Lumrah seorang wanita cantik yang cintakan kecantikan, lambat laung cinta ini tersalur jua kearah andaman.  Siti mula kecil-kecilan  dalam bidang mengandam dan hiasan bunga sehingga  terhasil lah kedai andamannya sendiri yang telah menempa nama di Muar. Andaman Kesuma, nama pun sudah indah.  Bertambah kagum lah saya terhadap kawan saya seorang ini. Memang terbukti lah cita-cita yang selalu kami ngomong-ngomongkan  ketika kami berjumpa itu bukan sekadar angan-angan. She can really do it.

Dari perkahwinan Zahidin dan Farah, saya dapat lihat sendiri hasil kerja dan  usaha Siti dalam bidang yang di cintainya ini. Saya berbangga dengan kejayaannya dan mendoakan Allah sentiasa mengurniakan Siti sekeluarga  kejayaan dunia dan akhirat. Amin. Dan kepada Yin dan Isteri, semoga kalian berbahagia hingga ke anak cucu. Amin

Tuesday, April 13, 2010

Pasangan yang ideal

Baru-baru ini saya berkenalan dengan satu pasangan  muda yang pada saya, agak ideal.  Boleh  dikatakan  mereka ini membina rumah tangga yang Islamic. Rumah mereka tenang. Kedua-duanya pelajar lulusan mesir.  Si suami tinggal di mesir selama 10 tahun dan si isteri 7 tahun. Ustaz berwatakan proaktif. peramah dan bersemangat tinggi,  amat sesuai dengan  peranan nya sebagai ustaz yang sedang menyambung sarjana nya di Universiti Malaya sambil mengajar di masjid, dan Ustazah pula pendiam dan lebih sebagai pemerhati walaupun pada mata saya, dari gerak-gerinya dan tutur kata, jelas beliau seorang yang berilmu tinggi.  Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang sangat comel dan keletah.  Si kecil ini yang  menyambut saya di pintu dan bila saya menyuruhnya memanggil ayahnya, dia berkata, "abi sibuk, tak boleh kacau".

Ustaz menceritakan bahawa dia tidak bercinta dengan isteri nya seperti kebiasaan orang muda. Sekadar apabila dia yakin sudah sampai waktu nya untuk  berumahtangga, dia meminta tolong sahabat-sahabatnya mencarikan isteri untuk nya. Setelah dua kali bertemu Ustazah, dan Ustazah bersetuju, beliau menalipon ayah Ustazah dan  terus mendapat persetujuan keluarganya dan mereka berkahwin  semasa belajar di Mesir.

Kadang-kadang soal jodoh ni susah hendak di kupas  rahsia-rahsia nya. Ada yang sukses, ada yang tidak dapat bertahan. Ustaz 100% serah pada tentuan ilahi dan dia telah dapat isteri yang  sempurna untuk diri nya. Sekali cuba sahaja.

Saya mengagumi perkahwinan-perkahwinan yang berjaya. Di sekeliling saya, ramai pasangan-pasangan yang bahagia. Ada yang sudah bercucu pun.  Tetapi ada juga yang bermasaalah.

Dari sudut ini saya agak tidak bernasib baik, tetapi saya akur dengan takdir. Saya telah mencipta satu kata-kata hikmah, " if you don't get the best, be the best second best".Ibu tunggal pun boleh hidup bahagia juga. Isikan hidup dengan perkara-perkara yang baik dan teruskan memperjuangkan hidup kita dengan apa yang Allah beri kepada kita. Jika kita boleh menerima ketidaksempurnaan, sempurna lah hidup kita.

Friday, April 9, 2010

sekalung doa

Well, you win some, you lose some.

We must always remember to sabar with our losses, to syukur with what we have and to redha with the whole thing. 

Like Pokcik Wei said in his sms, "bandingkan  diri kita dengan orang yang lebih susah"

My iconic aunt, Kak Mah said, "keep on doing what we love to do. Selalu bersyukur pada Allah. Make full use of your time, guard it jeolously. Ingat lima perkara sebelum lima perkara."

Nora said, "3 things will always come out, the sun, the moon and the truth"

Mama said "hok Allah taala belako"

I am still blessed with these people in my life. Ya Allah, berilah semua orang yang menyayangi saya, segala kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat dan berkati lah hubungan kami semua hingga akhir hayat kami. Amin ya Rob."

Thursday, April 8, 2010

Hi, its me again!

This year is tough on the heart. I have lost a couple of 'things' that are valuable to me.  Or about to.

First, my sister has to go to tread on her own path which does not include me.  Lets just say, she is going somewhere where I cannot follow.

Then, a friend went away.

Then, I have let go of a dream, a dream to go back to stay at my ideal location. Where I have dreamt for a long long long time, of  having a place I call  home.  No place of belonging for me now. I belong to the whole planet earth, I guess.

Then, I have let go of  my ideals. Not one, but a few.  Most of the time I see what I want to see, and not  how things really are. I do this because I have these ideals  and in order for these ideals to be fullfilled, I need people to be in a certain way, which in reality, they are not.  So finally, my ideals have to go

I give up many things that make up a huge part of my heart. When you go through things like this, you are taught to read, Innalillawainna ilaihi roji'unAllahuma ajurni fi musibati, wa akhlifli khairun minha.  (Sesungguhnya kita milik Allah, dan kita akan kembali kepadaNya. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah yang menimpaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya.)

Everything changes whether you like it or not. If you cannot hang on, you let go and let it be.

Wednesday, April 7, 2010

Mensuci hati (petikan kitab)

Sabda Rasulullah saw

"Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, kiranya is elok, maka eloklah seluruh tubuh badan itu. Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan pula. Ia itu adalah hati"

"Sesungguhnya Alla tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu. Dia melihat kepada hati dan niat kamu."

Oleh itu hendaklah anda membenarkan ucapan anda dengan amalan, dan membenarkan amalan anda dengan niat serta ikhlas, dan membenarkan niat dan ikhlas pula dengan membersihkan batin dan meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal dan punca segala perkara.

Hendaklah anda berhati-hati dengan sungguh-sungguh mudah-mudahan Allah merahmati anda, agar anda menemui Allah Ta'ala kelak dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid'ah dan akhlak yang terkeji, seperti menyombong diri dan riya', seperti hasad dan tipudaya terhadap kaum Muslimin, dan seumpamanya.  Mintalah pertolongan dari Allah Ta'ala serta bersabar, berusaha dan mengambil berat terhadap perkara-perkara ini.

Tuesday, April 6, 2010

Aqidah (Petikan kitab)

"Aku redha Allah sebagai Tuhan, menerima Islam sebagai agama dan mengakui Muhammad sebagai Nabi dan Rasul"

Ketahui lah, bahawasanya siapa yang meredhai Allah sebagai Tuhan, wajib atasnya meredhai juga akan pentadbiran Allah Ta'ala dan ikhtiarNya terhadap para hambaNya serta pahit-maung hidup yang ditentukan Allah terhadap dirinya. Seorang hamba harus menerima bahagian rezeki yang di kurniakan Allah terhadap dirinya.  Ia harus sentiasa kekal dalam mentaati Allah dan menjaga segala kewajiban yang di tentukan di atas dirinya. Ia wajib meninggalkan segala larangan Allah, sentiasa sabar dalam menghadapi bala bencana yang ditimpakan ke atasnya. Sentiasa bersyukur atas nikmat dan kurnia Allah Ta'ala. Selalu ingat kepada Allah Ta'ala dan bercita-cita untuk  menemuiNya. Ia harus meredhai Allah menjadi tempat ia menggantung harapannya, memutuskan perkaranya, dan berlindung dari marbahaya dan malapetaka.  Sentiasa bersikap mukhlis (ikhlas) dalam ibadat dan menyerah diri kepadaNya lahir dan batin. Dalam menjalani urusan hidup sehari-hari, ia tiada gentar melainkan kepada Allah hanya, dan tiada mengharapkan terlaksananya sesuatu hajat dan kepentingan melainkan dengan Allah Ta'ala jua.

Siapa yang mengakui Muhammad saw sebagai RasulNya, hendaklah menurut kelakuan Nabi Muhammad saw itu, bersuluh dengan petunjuknya, menjunjung syariatnya, berpegang-teguh dengan perjalanannya, menghormati haknya, membanyakkan selawat dan salam keatasnya, mencintai keluarga dan para sahabatnya serta  memohon redha dan rahmat ke atas mereka sekalian. Dan akhir sekali selalulah bersikap belas kasihan dan memberi nasihat yang baik kepada umatnya.

Monday, April 5, 2010

Perihal Taqwa (Petikan kitab)

Firman Allah Ta'ala:

"Kemudian dari itu, akibat orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu adalah kejahatan pula, kerana mereka mendustakan keterangan-keterangan Allah dan mereka memperolok-olokkannya" (Surah Ar-Rum 10)

Ayat tersebut di atas menunjukkan kepada maksud ini, maka hendaklah anda perhatikannya baik-baik. Kemudian latihkanlah diri anda menjunjung segala perintah Allah Ta'ala dan menjauhi segala laranganNya.  Andaikata anda terjerumus ke dalam sesuatu dosa, hendaklah anda segara bertaubat kepada Allah dengan berjanji tidak akan kembali melakukan dosa yang sama lain kali.

Sunday, April 4, 2010

Topik pertama: Perihal Taqwa (petikan kitab)

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa, dan janganlah sampai kamu mati, melainkan di dalam keadaan Islam yang sebenarnya. Berpegang-teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah. Ingatlah kurnia Allah diatasmu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkanNya hati kamu (dalam agama Allah), sehingga dengan kurnia Allah itu kamu menjadi bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, lalu di selamatkanNya kamu daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yang benar.  (Surah Ali Imran 102-103)

Ini adalah suatu perintah dari Allah azzawajalla kepada hamba-hambaNya dari golongan kaum Mu'minin supaya bertaqwa, kerana Allah telah mengumpulkan di dalam sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat. Kemudian di suruh pula hamba-hambaNya  dari golongan kuam Mu'minin itu supaya bertaqwa kepadaNya agar mereka bisa berjaya dan mencapai penghormatan yang telah di sediakan didalam sifat taqwa itu dari kebajikan dan kesempurnaan juga kebahagiaan dan kemenangan, semata-mata  sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya dari kuam Mu'minin, dan sememangnyalah Allah Amat Kasih terhadap hamba-hambaNya yang Mu'minin itu.

Sedang taqwa itu pula merupakan wasiat utama dari Allah swt untuk orang-orang terdahulu dan terkemudian.

hadith riwayat Ibnu Hibban

This is not the first topic of Nasihat Agama dan Wasiat Iman,  but I cannot take it out of my mind.

"Belum sempurna  akal, jika tidak tahu mentadbir. Bukan lah wara' jika tidak mengekang diri. Tidak ada pangkat sebelum berbudi luhur" 

Untuk saya, mentadbir tu bukan  di tujukan kepada pemerintah sahaja. Tetapi umum, kepada para bapa para ibu, pekerja, pelajar, pendek kata, kepada semua orang dewasa. 

Apabila kita didalam alam dewasa, kita akan di berhadapan dengan banyak perkara yang lebih rumit. Hidup tidak semudah. Kita kena buat pilihan-pilihan  yang payah. Banyak masa kita tidak dapat apa yang kita mahu. Atau keadaan jauh dari apa yang kita jangka.  Kita jumpa bermacam jenis manusia yang perlukan kita berwaspada dan beranika masaalah yang lain.

Sebab tu kita lihat, ada orang yang boleh berfikir dengan baik, dia berjaya mengatasi semua obstacle yang dia hadapi. Mungkin melalui kesusahan dan kepayahan dahulu,  atau trial and error , tetapi akhirnya, dia berjaya juga.

Dan ini menunjukkan orang-orang yang berjaya dunia akhirat, orang-orang yang lebih sempurna akal nya dari yang lain.

So, kita cuba golongkan diri kita bersama orang-orang begini.  Guna akal kita dengan baik, jaga akal kita dari perkara-perkara yang boleh memudharatkannya. Tadbirlah diri, keluarga dan perkerjaan dengan baik, dan ini termasuklah  mentadbir diri apabila kita bersama orang lain.

Jangan lah jadi orang yang tak sempurna akal.

NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN

I have just finished reading kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman. I aimed to read 3 kitabs  in 2 weeks but I only managed to finish 1.

Fortunately this single book encapsulate many books that I have read.  The author Imam Habib Abdullah Hadad wrote in concise, simple and sound language about everything we need to know as a muslim. MasyaAllah.

We have a bookshelf full of books and still not practising enough. Just reading and forgeting, reading and forgeting.  If I practice just this one book, I would be a better servant of Allah swt.

I will share it with you here, the important points that I have read. One topic a day.

greeny 4 ecah~ <:3)~

Saturday, April 3, 2010

"klik! klik!"



today, mi bangun awal..semangat nih...hihi..i started with my own house.."klik! klik!"..mama still sleeping..hehe..then mi siap2..time to go to "rimba"!!
*mimi: 'ma mi pg bli breakfast yek'..
*mama: 'ok..krooohhh..'
then i drove to rimba n "klik! klik!" mi jalan pusing2 sorang2..naseb bek ramai org..org shah alam suke jog..bagus! then dlm pkol 10 lbeh mi balik..patu kol ma..
*mimi:'ma nk breakfast pe ni ma?'..
*mama: 'MI PG AMIK GAMBA KE!!! ASAL X CAKAP!! BLA2..'
hahha ma bebel lagi..
anyway, these are some pics mi tangkap this morning..hope u all enjoy!



knape gmba nih terbalik!


bnyk lagi kene blajar, hope i can take better pic in d future~

Friday, April 2, 2010

My oyster

My post on the coconut shell thing was one of the moments when I feel I am not good enough. Everyone get that feeling once a while. Especially me. Which probably is true.

If you put two people infront of a scenery, give them two canvases to paint on, and you will get two different pictures. No two minds or two eyes are alike. One saw the waves, one saw the sky. One saw blue sky, one saw a sky of many hues and used 10 colours.  That is how we are, what we see.

Another example, a movie. One has many people acting in it. You have the whole micro population rolling on camera. Say, Kuch2 Ho Ta He or Slumdog Millionaire.  And another movie has only 4 to 8 actors. For example, my all time favourite, Winter Sonata. Most of the time, it is just boy meets girl, boy looks at girl with the famous theme song in the background. And God knows why you are glued till the end. All blockbusters. It is what the directors see.

My home is my world, my oyster. I hope to write out of my oyster once a while. If not, its what I see within these four walls or about those who know the people who  live within these four walls.

Sweet sour chilli crabs

Early of the month when the purse is still quite full, we bought a few crabs.  Then searched the net for chili crabs recipe.  I went into Chef Wans recipes and I would like to share it with you.

3 big crabs (cut into halfs)
a bit of chilli paste or chili boh
6 fat pips of garlic
6 fresh chillies pounded or blended
1/2 cup chilli sause
1/4 cup oyster sause
sugar and salt to taste

Cut the crabs. Fry chili paste till dead. Put in garlic, fry till fragrant and add in pounded fresh chillies. Fry till well fried.  Add in the sauses and salt and sugar. Put in the crabs. Stir and cover. Repeat stirring until cook. Hmm...yummy...

Thursday, April 1, 2010

writing from the coconut shell

It s 1.30 am and I feel like writing. I just came back from saying my goodbye to Cek and Wan before they leave for KLIA at 4.30 am today.

I reread what I have written and I notice that is of all about the mundane everyday ordinary life.  Not much of a read actually. Most what is written is nothing to be excited about or to rave about.  People out there are going places and attaining great achievement in their lives.  That, would be what worth telling others . But I write about the weather. Literally, I write about the weather. For example, 'today is a sunny day in Kuching'.

Maybe I should change the title of this blog from 'a place in my heart' to 'writing from the coconut shell'. Yeah, that would be more appropriate.

Unfortunately I am a writer. I need to write. Okay, maybe not yet a writer then, I am a scribbler.

I must find something 'more' to write from today onwards. Running out of the mundane stories.