Saturday, January 1, 2011

Tahun baru semangat baru

Bismilahirohmanirohim.

Setinggi pujian ke hadrat Ilahi yang telah menolong ku mengharungi tahun 2010 dengan segala yang terjadi.  Sedalam kesyukuran keatas semua rezeki, yang nampak dan yang tak nampak yang telah dikurniakanNya sepanjang tahun lalu.

Allah memberi kita masa lagi untuk cuba menjadi hambaNya yang soleh dengan adanya kita berada hari ini di ambang 2011. Alhamdulilah. Seharusnya kita  memasang niat yang kukuh supaya tahun baru ini kita cuba sebaik mungkin, sedaya upaya untuk membaiki diri kita selari dengan firmannya

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan): dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya". (Surah Al-Ankabut 29:69)

Walaupun saya selalu 'slack' atau selalu menurun dalam amalan saya, saya masih lagi ingin mencuba sekali lagi dan InsyaAllah berkali-kali lagi untuk mengingatkan diri dan mengingatkan orang lain terutama sekali anak-anak yang tersayang.

Tahun 2008 dan 2009 saya mengajar di Rumah Aman sebagai Guru Bahasa Inggeris. 2010 adalah tahun untuk anak-anak saya di mana saya memberi lebih tumpuan pada mereka.  Tahun 2011 ini niatnya untuk kembali mencari ilmu agama seperti di tahun 2004 hingga 2006. Di harapkan Allah menerima niat ini kerana niat yang di terima dan diberkati Allah itu akan berjaya tanpa halangan dan rintangan yang tidak dapat di atasi.  Saya telah banyak lupa bahasa Arab setelah memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris.  Sayang sekali.  Dulu saya boleh juga faham sedikit dari apa yang saya baca dalam Al-Quran, sekarang tersangat sedikit sehingga rasanya sama seperti sebelum saya belajar dahulu.

Dan untuk terus menulis.

Enough about me. 

Bagaimana dengan kamu? Pasangkan lah niat kerana niat adalah cahaya yang tidak luntur walaupun ia sangat halus. The undying flame. Kalau sudah ada niat, ia tidak akan padam walaupun di penyek sekuat mana sekali pun.

Segala sesuatu di dunia ini perlu effort.  Iaitu usaha. Jadi, berusaha lah. Orang Korea synonim dengan motto  Aja Aja fighting nya dan go go chaiyok nya yang bererti 'berusaha'. Memang maju bangsa itu.

Untuk mencapai kejayaan kena bersakit dan bersusah.  Jika tidak, ruyong takkan pecah, sagu takkan terhasil.  No pain no gain.  When the going gets tough, the tough gets going. Jadi, bersedialah untuk berjuang dengan akal, emosi dan anggota kita.

Saya akhiri dengan doa semoga di tahun 2011 ini, yang sakit akan sembuh, yang susah akan senang, yang berharap akan mendapat apa yang di harapkan, yang belajar akan tamat dan berjaya, yang bercita-cita akan tercapai, yang mencari akan berjumpa apa yang di cari. Ya Allah, lembutkan lah takdir Mu kepada kami semua di tahun ini. Ameen.

No comments: