Wednesday, January 19, 2011

dari seorang pro 2

Di sini kita boleh gunakan poin-poin Dr Robiah sebagai  kayu ukuran apa yang  patut ada pada anak-anak kita.

Faham ye, tulisan biru adalah dari buku Dr Robiah. Takut di tuduh menciplak pulak.

1. Seorang remaja yang mempunyai keseimbangan daripada segi mental,emosi dan fizikal bermula dari seorang kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang sihat dan sempurna.  Kanak-kanak yang sihat dapat di lihat daripada kemahiran sosial seperti berikut.

2. Boleh berkawan dengan gembira

3. Boleh mendekati orang dewasa apabila bermasaalah

4. Mempunyai identiti yang jelas

5. Dapat membuat penilaian dirinya dengan alam sekeliling, tidak terlalu berbeza daripada kenyataan sebenar.

6. Boleh mengimbang masa untuk berkawan

7. Boleh mengimbang masa untuk pelajaran

8. Menghayati dan mengamalkan perintah agama seperti sembahyang dan ibadat yang lain.

9. Boleh memperuntukkan masa untuk bersama-sama ahli keluarga.

10. Memegang konsep 'ketuhanan' dalam kehidupan, seperti konsep keimanan, dosa dan pahala, hidup dan mati, syurga dan neraka dalam setiap aktiviti hidupnya.

11. Sentiasa menjaga kesihatan diri dan sentiasa riang apabila berada dengan keluarga dan rakan-rakan.

12. Mengutamakan keperluan bersama, bukan keperluan individu dalam banyak  hal dalam kehidupan.

Baguskan?  Dari buku ini kita dapat tahu di mana kekurangan anak-anak kita dan untuk menasihati mereka supaya menjadi lebih sempurna dan lengkap.

bersambung....

No comments: