Wednesday, January 19, 2011

dari seorang pro 1

Sebelum ini saya tulis teori homespun (di adun sendiri) tentang cara-cara yang boleh di gunakan untuk mengawal anak-anak remaja. Yang tested oleh orang yang tak bertauliah iaitu saya. Entah betul entah tidak. Tapi kata orang 'if it is stupid but it works, it is not stupid'.

Di sini pula saya tulis dalam bentuk poin-poin apa yang di dapati di dalam buku Dr Robiah K Hamzah, pakar motivasi yang hebat. Buku Mengapa Perlu Bercinta patut di baca oleh semua ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar.

Buku ini akan menjelaskan pada kita tentang perkembangan anak-anak ke alam remaja,  walaupun kita sedia maklum dengan melihat anak-anak membesar di hadapan mata, tapi bukan senang untuk mengulasnya dengan  terperinci seperti yang telah di lakukan Dr Robiah di dalam buku beliau. Supaya gambarannya lebih jelas dan tepat.

1. Permulaan buku ialah tentang perkembangan fizikal anak-anak.  Bagaimana badan mereka berubah dari budak kepada remaja, luaran dan dalaman. Anak-anak hendaklah di beri 'kursus' tentang perkembangan itu supaya mereka tidak 'lost' atau terkejut apabila melaluinya.

Kata Dr Robiah " remaja juga perlu mengetahui secara menyeluruh suasana dan keadaan yang akan di alami semasa melalui zaman remaja tersebut. Dengan maklumat dan kefahaman, remaja akan bersedia menghadapi cabaran dan liku-liku  hidup sebagai remaja dan dapat beraksi mengikut keperluan diri sesuai dengan keadaan semasa".

2. Seperti kita sedia maklum, saya rasa kita semua melalui nya, perit getir menjalani zaman remaja yang penuh warna dan rasa. Dan bagi sesetengah itu, lebih teruk lagi jika hidupnya bermasaalah.

Kata beliau " Perubahan daripada segi fizikal ini juga turut mengubah emosi dan ragam. Keadaan ini menyebabkan remaja berasa gelisah, suka mengelamun, suka bersendirian, agresif dan adakalanya anda berasa rendah diri dan sukar  menyesuaikan diri dengan orang lain."

Sebab itu ada kanak-kanak yang jadi 'rebellious'.  Jangan biar berterusan. Usaha untuk menstabilkan mereka. Amat penting ibu-bapa membetulkan keadaan ini sebelum parah.

Kata beliau  " Pada saat ini remaja perlu mendapatkan pertolongan, bimbingan yang betul dan sesuai bagi membantunya menghadapi masalah itu. Remaja perlu mendapatkan pengawasan dan bimbingan secara langsung dan tidak langsung terutama daripada keluarga.  Bimbingan yang dimaksudkan terutama daripada segi keagamaan dan amalan harian yang positif, cara berkomunikasi dan cara membuat keputusan selain bantuan kewangan. Kehampaan mendapatkan sokongan begini atau dapat layanan dalam bentuk kecaman, hukuman atau kekerasan akan menimbulkan rasa benci kepada keluarga dan remaja mula merenggangkan hubungan dengan mereka dan cuba  mendapatkan bantuan dari orang lain."

Nampaknya ibu-bapa kena ada banyak ilmu kan? Tidak pun, lebih banyak dari anak-anak. Semestinya lah, kerana kita telah melalui apa yang mereka sedang atau akan  melalui.

Dr Robiah telah huraikan di sini apa yang akan di tempuhi oleh mereka.

1. Remaja perlu tahu bila pertumbuhan fizikal terhenti sebaik sahaja mereka sampai ke penghujung alam remaja, tetapi pertumbuhan terus, berlaku daripada segi mental dan emosi.

2. Ini membuat mereka cenderung berkawan dengan orang lain terutama yang berlainan jantina .

3. Ingin kebebasan mutlak dari keluarga, mendalami konsep agama yang lebih abstrak, menentang pendapat keluarga yang tidak sesuai dengan mereka.

4. Terpaksa mengendalikan nafsu seks, keinginan untuk bercinta dan akhirnya ingin diiktiraf sebagai orang dewasa sepenuhnya.

Ini diantaranya lah.  Mudah-mudahan taklah terlalu 'complex' apa yang di rasai anak-anak kita dalam menempuhi zaman-zaman peralihan yang berlainan tetapi tetap mencabar.

bersambung...

No comments: