Apa lah yang saya maksudkan dengan tajuk di atas..... Entah la ye... Hati ini terpanggil untuk menulis selepas mendengar dari Jiha iaitu pada bulan Januari tiap-tiap hari atau selang sehari pernikahan selepas hamil telah di laksanakan oleh JAIS, di mana Jiha berlatih sebagai kaunselor untuk program mastersnya. Ini angka mereka yang berani tampil, yang takut dan bersembunyi mesti lebih banyak lagi. Bila mendengar dari mulut yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, saya merasa sangat sedih, kenapa boleh jadi begini kepada remaja-remaja dan belia-belia kita. Izinkan saya meluahkan isi hati saya kepada sesiapa yang sudi membaca.
Selepas ini dalam post seterusnya saya akan membuat huraian dari buku pakar motivasi favourite saya, Dr Robiah K Hamzah yang juga berkaitan dengan gejala ini yang bertajuk, Kenapa Perlu Bercinta.
Semalam dalam perjalanan pulang dari Selayang menaiki komuter, di hadapan saya sepasang kekasih Islam, dalam usia awal 20an yang duduk tersangat rapat terlentuk dengan kepala girl atas bahu boy. Kalau demam ke, nak pengsan ke, itu saya faham, tapi tak nampak sakit pun, segar dan ceria sahaja mereka berdua. Mungkin saya patut menyiasat dulu, manalah tahu, mereka kahwin awal ke, tapi apa yang saya perhatikan, orang yang berkahwin jarang macam ni, dan kalau iya pun tak payah la tunjuk aksi loving macam tu di depan ramai orang. Tak ada sedikit perasaan malu ke, mempamirkan kemanjaan yang terover-over tu.
Berbalik kepada kehamilan luar nikah yang sedang meningkat, mana taknya boleh terjadi sekiranya remaja kita tidak boleh mengendalikan diri. Kalau di depan orang ramai boleh berbelai-belaian tanpa segan silu, inikan di belakang penglihatan sesiapa.
Saya cukup takut hendak mengritik anak orang, kerana saya ada 3 anak dara di rumah, tapi hati ni tak tahan. Sedih amat. Kena tulis juga.
Untuk menjaga anak remaja tidak lah mudah. Setakat ini, Alhamdulilah, belum lagi timbul masaalah yang menakutkan ibu-bapa apabila anak berperangai liar dan bebas. Saya yang membesarkan mereka seorang diri ini, terpaksa menggalas tugas memantau lebih lagi dari ibu yang ada suami, berkongsi tugas, bergabung tenaga. Susahnya, Tuhan sahaja yang tahu.
Mungkin saya terlampau ekstrim apabila saya kata pada anak-anak, "kalau you all jadi bohsia, I will kill you. Tak apa, Mama tak takut masuk jail" sambil memasang emosi yang sangat serious di wajah saya. Untuk memberi kesan yang lebih realistic pula saya juga awal-awal cakap pada mereka, sekiranya terlampau sayang pada kekasih, berkahwin lah. Tengah belajar pun tak apa. But no maksiat. Kalau buat maksiat juga, siap kau! Sambil pasang emosi ala psychopath.
Saya terangkan pada mereka cinta itu semulajadi. Apabila kita cinta seseorang akan terbitlah urges untuk meluahkan perasaan itu melalui perbuatan. Bercium, pegang tangan, berdakap dan bersentuhan. Itu semua datang dengan semulajadi dengan perasaan cinta. Tapi...kita sebagai orang Islam, mesti ada self-control kerana kita hanya boleh buat ini semua apabila sudah berkahwin. Bukan tak boleh buat, boleh, tapi, tunggu! Tak boleh tunggu ke??? Kenapa tak boleh tunggu??!! Sudah berkahwin nanti, boleh 'romen' tiap-tiap waktu dan ketika hingga habis tenaga hingga akhir hayat.
Untuk membuat mereka tunggu, itu lah peranan kita sebagai ibu bapa mereka. Macam mane? Ikutlah cara seorang gembala kambing, seperti saya lakukan. Pantau, perhati, pujuk, tarik, umpan dan upah.
Pantau apa mereka buat. Siapa kawan mereka. Pergi ke mana. Balik pukul berapa. Ayam pun pandai masuk reban di waktu senja, anak-anak harus di rumah sebelum waktu senja. Ceritakan hukum-hukum agama.
Perhati gelagat mereka. Normal ke tak normal. Ada apa-apa yang tak kena. Happy ke, bermasaalah ke. Ceritakan hukum-hukum agama.
Pujuk dengan kata-kata yang mengembirakan mereka. Kambing pun faham apabila tuannya memanggil mereka dengan bunyi cit-cit-cit ke, bek-bek-bek ke, terus meluru kepada tuan nya. Mesti kita tahu bagaimana hendak pujuk anak-anak kita, kan?
Tarik mereka ke arah kita dan rumah. Sedia menjadi seorang yang di percayai mereka. Sedia menjadi sumber kasih sayang pada mereka. Jadikan rumah tempat yang mereka rasa selamat dan aman. Kenalkan pada mereka perkara-perkara yang menyeronokkan dalam hidup kita selain dari berboyfriend. Ceritakan hukum-hukum agama.
Umpan dengan apa-apa yang mereka suka. Apabila mereka agak liat untuk mendengar kata, kita umpanlah dengan apa yang mereka suka sehingga mereka dengar. Yang penting, mereka mengikut nasihat.
Upah. Berilah ganjaran dan hadiah apabila mereka berkelakuan baik. Supaya mereka tahu berkelakuan baik itu sesuatu yang akan menyenangkan hati semua orang. Sesuatu yang mesti ada pada seorang hamba Allah. Wajib. Ini upah dari Mama. Upah dari Allah lebih lagi.
Ini lah cara saya. So far it works. Tetapi setelah mereka dewasa ini, saya kena ubah dan cari cara lain pulak kerana umpan dan upah saya sudah mengecil dari segi nilai bagi mereka. Kalau dulu umpan dengan Barbie Doll, sekarang tak mampu hendak umpan dengan I-pad atau I-phone.
Dan paling penting jangan berhenti berdoa untuk mereka kerana tanpa Allah, siapalah kita. Saya di ajar doa yang berbunyi begini. Ya Allah Ya Tuhan ku, lindungi lah aku dan zuriat ku dari kejahatan nafsu kami sendiri. Ameen.
No comments:
Post a Comment