Tuesday, January 4, 2011

motivasi brian kim - Memulakan hari dengan cara yang hebat

Saya suka motivasi Brian Kim.  Caranya bersahaja, mudah faham dan mengesankan pada hati saya dan juga membuat saya tersenyum.  Tersenyum kerana kagum dengan  telahan nya..  Tapi saya akan olah  sedikit untuk sesuaikan dengan kehidupan kita sebagai orang Islam. .

Topik hari ini, kebaikan memulakan hari kita dengan cara yang hebat.

1.  Mula-mula, tidur dengan betul dan cukup.
2. Solat subuh
3. Baca Quran sedikit atau banyak. Zikir sedikit atau banyak
4. Bersiap. Mandi dan sebagainya. Biar kelihatan cantik dan kemas.
5..Sarapan dengan cara pemakanan yang sihat.
6. Bersenam dalam udara pagi yang segar
7. Membaca suratkhabar atau beberapa mukasurat buku kegemaran
8. Muhasabah diri. Banyak bersyukur dengan pemberian Allah swt

Ada kah kamu rasa, permulaan hari yang hebat akan terbawa-bawa pada waktu seterusnya dan akan memberi kesan pada keseluruhan hari itu?

Ya, kemungkinan besar.

Jadi, raih kesempatan mendapat hari yang hebat dengan menggunakan landasan momentum ini.

No comments: