Wednesday, August 3, 2011

Klinik Iman

Iman ku sakit.  Mungkin juga tenat. Sebabnya saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan iman ini. Ia semakin lemah untuk beramal.  Alhamdulillah saya masih boleh bezakan apabila iman saya ok dan apabila iman saya tidak ok, walaupun penurunan dalam iman dan lupa kepada ilmu-ilmu yang sekian lama di cari adalah sesuatu yang amat tidak baik dan sangat di takuti oleh orang yang beriman. 

Tak tahu apa sebabnya.Atau adakah saya tahu tapi buat-buat tak tahu?  Adakah sebab saya beri tumpuan  kepada perkara lain?  Atau adakah perkara lain yang memesongkan tumpuan dan kuderat saya?  Adakah kerana kelemahan 'time management'? Ataupun sebab2  fizikal seperti kekurangan vitamin dalam diet saya yang menyebabkan  saya tidak cukup tenaga?

Apakah  yang harus saya buat? Seriously.  Okay, pertama, istighfar banyak2 dan bertaubat sekiranya saya telah alpa dengan sengaja.

Jika tidak, saya harus  betulkan priority saya. Yang mana lebih utama dan yang patut di dahulukan?  Apa harus di teruskan dan apa yang harus di hentikan, tidak pun, di kurangkan.

Mungkin saya patut kaji selidik di mana saya telah silap langkah dan salah percaturan.

Mungkin saya mesti periksa balik apa yang telah saya makan  kerana makanan jasad kita ini jika tidak halal dan toyibah akan menyebabkan hati kita hitam dan keras. Juga jika kita tidak berhati-hati dengan apa yang kita baca lalu  menerima bulat-bulat mesej-mesej yang tersurat dan tersirat tanpa kembali kepada apa yang hak dan batil  juga boleh mempengaruhi perbuatan kita.

Saya kena overhaul iman saya.  Haruskan saya lakukan secara drastik atau secara beransur-ansur?  Nilai balik semua perbuatan saya dari titik penurunan dan dengan tekun halusi apa y;ang saya buat sekarang yang saya tidak lakukan dahulu.  Think hard, very hard. Evaluate and reevaluate.


Dan yang paling penting, ikhlas dalam penilaian ini dan berani untuk membuat pembetulan walaupun sesusah mana pendekatan yang patut di ambil dan sepahit mana akibat-akibat yang akan di rasai.

Juga tak kurang penting untuk menjaga setiap anggota dari perkara yang menjauhkan kita dari kerethaan Allah.

Ya Rob, Ya Rob, Ya Rob. Bantulah aku.

No comments: