Kita kembali pada post saya baru-baru ini tentang klinik iman.
Alhamdulillah, Allah swt membantu saya dalam dilema saya mengapa iman saya merudum bagaikan sebuah avalanche di kutub utara. Saya ceritakan di sini di mana silap saya.
Sebelum itu, pernah guru saya, seorang mu'alim besar, Ustaz Aleh Solihin telah memberitahu kelas kami suatu ketika dahulu, bahawa, jangan sekali-kali kita patah balik dari jalan Allah swt. Jika kita berbuat demikian, kita akan mendapat kesusahan dan penghinaan.
Saya tidak pernah berniat untuk patah balik, sekali-kali tidak, tetapi saya selalu bercadang untuk sederhana dalam amalan saya dan secara jujur, saya takut untuk menempuh jalan 'warak'. Saya rasa saya masih tidak mampu dan masih kurang ilmu. Ini bukan masaalah patah balik tetapi masaalah saya ialah untuk gerak ke hadapan. Ustaz Aziz di masjid cabang empat di Kota Bharu pernah berceramah bahawa, umpama barang, orang yang kuat boleh mengangkat yang berat. Boleh dukung dan laksanakan perintah yang berat. Orang lemah tak mampu, boleh bawa yang ringan sahaja.
Akan tetapi, istilah sederhana saya itu lah yang saya dapati silap dan salah, selepas berfikir panjang. Sederhana saya sebenarnya bukannya sederhana, tetapi lemah iman.
Tidak apa kalau lambat, asalkan sembahyang. Tidak apa tidak menjaga mata, kerana itu perkara biasa. Tidak apa mengikut orang demi menjaga hati. Tidak apa kita tak dapat buat apa yang patut di buat, kerana orang lain pun tidak buat juga. Saya hanya manusia biasa, bukan wali. Demi itu dan demi ini.
Lama kelamaan hati semakin berkarat dan saya dapat rasai sudah ada yang tidak kena pada iman saya. Mujur dalam hati ini seolah ada jangka-iman, boleh dapat rasanya naik atau turan.
Oleh sebab itu, terpaksa lah saya ambil pendekatan serius walaupun pahit. Banyakkan taubat. Ikhlaskan hati kerana Allah. Berhenti memandai-mandai. Stop Now. Dan sedar bahawa agama bukan bahan untuk kita olah sesuka hati. Jangan ingat ia disesuaikan dengan diri kita tetapi diri kita kena di sesuaikan padanya. Jika terasa payah, mesti ada sesuatu yang kita kena ubah pada diri kita, bukan kita mengubah agama untuk diri kita.
Saya telah tiba pada satu kesimpulan bahawa, tidak ada kompromi dalam beragama walaupun pintu keampunan Allah sentiasa terbuka.
Harap-harap belum terlambat. Doakan daku.
No comments:
Post a Comment