Friday, January 28, 2011

"There is an alchemy in sorrow.  It can be transmuted into wisdom, which, if it does not bring joy, can yet bring happiness"  Pearl S Buck, author

Thursday, January 20, 2011

To all mummys

Please read e-book written by Dr Robiah at Google titled Pandainya Dia Berkata-kata.


Go to Google Search. Type title of book. Kat atas tu yang tepi kiri tu, click books. Then click Search.  Then read her short but full of important knowledge on what we need to know.

Wednesday, January 19, 2011

dari seorang pro 2

Di sini kita boleh gunakan poin-poin Dr Robiah sebagai  kayu ukuran apa yang  patut ada pada anak-anak kita.

Faham ye, tulisan biru adalah dari buku Dr Robiah. Takut di tuduh menciplak pulak.

1. Seorang remaja yang mempunyai keseimbangan daripada segi mental,emosi dan fizikal bermula dari seorang kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang sihat dan sempurna.  Kanak-kanak yang sihat dapat di lihat daripada kemahiran sosial seperti berikut.

2. Boleh berkawan dengan gembira

3. Boleh mendekati orang dewasa apabila bermasaalah

4. Mempunyai identiti yang jelas

5. Dapat membuat penilaian dirinya dengan alam sekeliling, tidak terlalu berbeza daripada kenyataan sebenar.

6. Boleh mengimbang masa untuk berkawan

7. Boleh mengimbang masa untuk pelajaran

8. Menghayati dan mengamalkan perintah agama seperti sembahyang dan ibadat yang lain.

9. Boleh memperuntukkan masa untuk bersama-sama ahli keluarga.

10. Memegang konsep 'ketuhanan' dalam kehidupan, seperti konsep keimanan, dosa dan pahala, hidup dan mati, syurga dan neraka dalam setiap aktiviti hidupnya.

11. Sentiasa menjaga kesihatan diri dan sentiasa riang apabila berada dengan keluarga dan rakan-rakan.

12. Mengutamakan keperluan bersama, bukan keperluan individu dalam banyak  hal dalam kehidupan.

Baguskan?  Dari buku ini kita dapat tahu di mana kekurangan anak-anak kita dan untuk menasihati mereka supaya menjadi lebih sempurna dan lengkap.

bersambung....

dari seorang pro 1

Sebelum ini saya tulis teori homespun (di adun sendiri) tentang cara-cara yang boleh di gunakan untuk mengawal anak-anak remaja. Yang tested oleh orang yang tak bertauliah iaitu saya. Entah betul entah tidak. Tapi kata orang 'if it is stupid but it works, it is not stupid'.

Di sini pula saya tulis dalam bentuk poin-poin apa yang di dapati di dalam buku Dr Robiah K Hamzah, pakar motivasi yang hebat. Buku Mengapa Perlu Bercinta patut di baca oleh semua ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar.

Buku ini akan menjelaskan pada kita tentang perkembangan anak-anak ke alam remaja,  walaupun kita sedia maklum dengan melihat anak-anak membesar di hadapan mata, tapi bukan senang untuk mengulasnya dengan  terperinci seperti yang telah di lakukan Dr Robiah di dalam buku beliau. Supaya gambarannya lebih jelas dan tepat.

1. Permulaan buku ialah tentang perkembangan fizikal anak-anak.  Bagaimana badan mereka berubah dari budak kepada remaja, luaran dan dalaman. Anak-anak hendaklah di beri 'kursus' tentang perkembangan itu supaya mereka tidak 'lost' atau terkejut apabila melaluinya.

Kata Dr Robiah " remaja juga perlu mengetahui secara menyeluruh suasana dan keadaan yang akan di alami semasa melalui zaman remaja tersebut. Dengan maklumat dan kefahaman, remaja akan bersedia menghadapi cabaran dan liku-liku  hidup sebagai remaja dan dapat beraksi mengikut keperluan diri sesuai dengan keadaan semasa".

2. Seperti kita sedia maklum, saya rasa kita semua melalui nya, perit getir menjalani zaman remaja yang penuh warna dan rasa. Dan bagi sesetengah itu, lebih teruk lagi jika hidupnya bermasaalah.

Kata beliau " Perubahan daripada segi fizikal ini juga turut mengubah emosi dan ragam. Keadaan ini menyebabkan remaja berasa gelisah, suka mengelamun, suka bersendirian, agresif dan adakalanya anda berasa rendah diri dan sukar  menyesuaikan diri dengan orang lain."

Sebab itu ada kanak-kanak yang jadi 'rebellious'.  Jangan biar berterusan. Usaha untuk menstabilkan mereka. Amat penting ibu-bapa membetulkan keadaan ini sebelum parah.

Kata beliau  " Pada saat ini remaja perlu mendapatkan pertolongan, bimbingan yang betul dan sesuai bagi membantunya menghadapi masalah itu. Remaja perlu mendapatkan pengawasan dan bimbingan secara langsung dan tidak langsung terutama daripada keluarga.  Bimbingan yang dimaksudkan terutama daripada segi keagamaan dan amalan harian yang positif, cara berkomunikasi dan cara membuat keputusan selain bantuan kewangan. Kehampaan mendapatkan sokongan begini atau dapat layanan dalam bentuk kecaman, hukuman atau kekerasan akan menimbulkan rasa benci kepada keluarga dan remaja mula merenggangkan hubungan dengan mereka dan cuba  mendapatkan bantuan dari orang lain."

Nampaknya ibu-bapa kena ada banyak ilmu kan? Tidak pun, lebih banyak dari anak-anak. Semestinya lah, kerana kita telah melalui apa yang mereka sedang atau akan  melalui.

Dr Robiah telah huraikan di sini apa yang akan di tempuhi oleh mereka.

1. Remaja perlu tahu bila pertumbuhan fizikal terhenti sebaik sahaja mereka sampai ke penghujung alam remaja, tetapi pertumbuhan terus, berlaku daripada segi mental dan emosi.

2. Ini membuat mereka cenderung berkawan dengan orang lain terutama yang berlainan jantina .

3. Ingin kebebasan mutlak dari keluarga, mendalami konsep agama yang lebih abstrak, menentang pendapat keluarga yang tidak sesuai dengan mereka.

4. Terpaksa mengendalikan nafsu seks, keinginan untuk bercinta dan akhirnya ingin diiktiraf sebagai orang dewasa sepenuhnya.

Ini diantaranya lah.  Mudah-mudahan taklah terlalu 'complex' apa yang di rasai anak-anak kita dalam menempuhi zaman-zaman peralihan yang berlainan tetapi tetap mencabar.

bersambung...

Monday, January 17, 2011

Cinta sebelum musnah

Apa lah yang saya maksudkan dengan tajuk di atas.....  Entah la ye... Hati ini terpanggil untuk menulis selepas mendengar dari Jiha iaitu pada bulan Januari tiap-tiap hari atau selang sehari pernikahan selepas hamil telah di laksanakan oleh JAIS, di mana Jiha berlatih sebagai kaunselor untuk program mastersnya.  Ini angka mereka yang berani tampil, yang takut dan bersembunyi mesti lebih banyak lagi.  Bila mendengar dari mulut yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, saya merasa sangat sedih, kenapa boleh jadi begini kepada remaja-remaja dan belia-belia kita.  Izinkan saya meluahkan isi hati saya kepada sesiapa yang sudi membaca.

Selepas ini dalam post seterusnya saya akan membuat huraian dari buku pakar motivasi favourite saya, Dr Robiah K Hamzah yang juga berkaitan dengan gejala ini yang bertajuk, Kenapa Perlu Bercinta.

Semalam dalam perjalanan pulang dari Selayang menaiki komuter, di hadapan saya sepasang kekasih Islam, dalam usia awal 20an yang duduk tersangat rapat terlentuk dengan kepala girl atas bahu boy. Kalau demam ke, nak pengsan ke, itu saya faham, tapi tak nampak sakit pun, segar dan ceria sahaja mereka berdua. Mungkin saya patut menyiasat dulu, manalah tahu, mereka kahwin awal ke, tapi apa yang saya perhatikan, orang yang berkahwin jarang macam ni, dan kalau iya pun tak payah la tunjuk aksi loving macam tu di depan ramai orang.  Tak ada sedikit perasaan malu ke, mempamirkan kemanjaan yang terover-over tu.

Berbalik kepada kehamilan luar nikah yang sedang meningkat, mana taknya boleh terjadi sekiranya remaja kita tidak boleh mengendalikan diri.  Kalau di depan orang ramai boleh berbelai-belaian tanpa segan silu, inikan di belakang penglihatan sesiapa.

Saya cukup takut hendak mengritik anak orang, kerana saya ada 3 anak dara di rumah, tapi hati ni tak tahan. Sedih amat. Kena tulis juga.

Untuk menjaga anak remaja tidak lah mudah. Setakat ini, Alhamdulilah, belum lagi timbul masaalah yang menakutkan ibu-bapa apabila anak berperangai liar dan bebas.  Saya yang membesarkan mereka seorang diri ini, terpaksa menggalas tugas memantau lebih lagi dari ibu yang ada suami, berkongsi tugas, bergabung tenaga. Susahnya, Tuhan sahaja yang tahu.

Mungkin saya terlampau ekstrim apabila saya kata pada anak-anak, "kalau you all jadi bohsia, I will kill you. Tak apa, Mama tak takut masuk jail" sambil memasang emosi yang sangat serious di wajah saya. Untuk memberi kesan yang lebih realistic pula saya juga awal-awal cakap pada mereka, sekiranya terlampau sayang pada kekasih, berkahwin lah. Tengah belajar pun tak apa.  But no maksiat. Kalau buat maksiat juga, siap kau! Sambil pasang emosi ala psychopath.

Saya terangkan pada mereka cinta itu semulajadi.  Apabila kita cinta seseorang akan terbitlah urges untuk meluahkan perasaan itu melalui perbuatan. Bercium, pegang tangan, berdakap dan bersentuhan. Itu semua datang dengan semulajadi dengan perasaan cinta. Tapi...kita sebagai orang Islam, mesti ada self-control kerana kita hanya boleh buat ini semua apabila sudah berkahwin.  Bukan tak boleh buat, boleh, tapi, tunggu! Tak boleh tunggu ke??? Kenapa tak boleh tunggu??!! Sudah berkahwin nanti, boleh 'romen' tiap-tiap waktu dan ketika hingga habis tenaga hingga akhir hayat.

Untuk membuat mereka tunggu,  itu lah peranan kita sebagai ibu bapa mereka. Macam mane?  Ikutlah cara seorang gembala kambing, seperti saya lakukan.  Pantau, perhati, pujuk, tarik, umpan dan upah.

Pantau apa mereka buat.  Siapa kawan mereka. Pergi ke mana. Balik pukul berapa. Ayam pun pandai masuk reban di waktu senja, anak-anak harus di rumah sebelum waktu senja. Ceritakan hukum-hukum agama.

Perhati gelagat mereka.  Normal ke tak normal. Ada apa-apa yang tak kena. Happy ke, bermasaalah ke. Ceritakan hukum-hukum agama.

Pujuk dengan kata-kata yang mengembirakan mereka.  Kambing pun faham apabila tuannya memanggil mereka dengan bunyi cit-cit-cit ke, bek-bek-bek ke, terus meluru kepada tuan nya. Mesti kita tahu bagaimana hendak pujuk anak-anak kita, kan?

Tarik mereka ke arah kita dan rumah.  Sedia menjadi seorang yang di percayai mereka. Sedia menjadi sumber kasih sayang pada mereka. Jadikan rumah tempat yang mereka rasa selamat dan aman. Kenalkan pada mereka perkara-perkara yang menyeronokkan dalam hidup kita selain dari  berboyfriend. Ceritakan hukum-hukum agama.

Umpan dengan apa-apa yang mereka suka. Apabila mereka agak liat untuk mendengar kata, kita umpanlah dengan apa yang mereka suka sehingga mereka dengar. Yang penting, mereka mengikut nasihat.

Upah.  Berilah ganjaran dan hadiah apabila mereka berkelakuan baik. Supaya mereka tahu berkelakuan  baik itu sesuatu yang akan menyenangkan hati semua orang. Sesuatu yang mesti ada pada seorang hamba Allah. Wajib. Ini upah dari Mama. Upah dari Allah lebih lagi.

Ini lah cara saya.  So far it works.  Tetapi setelah mereka dewasa ini, saya kena ubah dan cari cara lain pulak kerana umpan dan upah saya sudah mengecil dari segi nilai bagi mereka. Kalau dulu umpan dengan Barbie Doll, sekarang tak mampu hendak umpan dengan I-pad atau I-phone.

Dan paling penting jangan berhenti berdoa untuk mereka kerana tanpa Allah, siapalah kita. Saya di ajar doa yang berbunyi begini. Ya Allah Ya Tuhan ku, lindungi lah aku dan zuriat ku dari kejahatan nafsu kami sendiri. Ameen.

Saturday, January 15, 2011

Love is.....

Love.  Who is qualified to write about love. Definitely not me. As much as we think we know, we still don't know. Its is too wide a topic, too great a thing, too big in magnitude to comprehend. All encompassing,  that it is always about love.

This love thing eludes me all the time, scares me most of the time. No one had failed that many times.  Where did I go wrong.  Whether it is love in the first place. Now that I think about it, I must have missed something.

Only that recently I have discovered something about love.  That sometimes to know whether we love something is when we have encountered something much better than what we love.  This new found thing is what you have always wanted or your dream and your utterly enjoy it. But....you  go back to the old one.  Even if you see something 'better'.

For instance, Gio-gio pisses everywhere, but I would not give him away because for the simple reason that we love him.  Maybe the house would be much better without him, but we still want him with us.

Another instance, I have been staying at my aunt's house in Kota Bharu during this commuting phase. A  big  house, beautifully decorated,  very comfortable and luxurious, well equipped, fridge filled with food and goodies.  But I miss my little home.  If  I had not stayed there, I would not have known I love my house that much.

Love does not necessarily mean having the best.  It may be full of warts and all.  Full of shortcomings.

But you love it anyway.

Friday, January 7, 2011

Today' s cupcakes, how they look







cupcakes for you

Yesterday Hajar added one more foodie to her portfolio.

If it isn't the sweetheart of all cakes, the irresistible, captivating, delectable and deliciously cute CUPCAKES!!

Cupcakes had made a comeback recently with much more edge and glamour  than it used to way back when.  In those days cupcakes were just little cakes  in  paper cups, the most,decorated with cherries or chocolate rice or dessicated coconuts.

But now,  cupcakes are so fashionable and current and a delight to the eye and palate that they have escalated in price and appearance  gaving  them a place at any occasion. Weddings, engagements, birthdays etc have a demand for them nowadays, it is a must have.  Some cupcakes are so pretty, too pretty to eat,  they are the highlight of the event.

Hajar and I are not good yet with the icing decorating. It is much,  much harder than what we see in you tube.  The 'classic swirl'  is not so easy to swirl.  It did not turn out so we had to change to pattern B where we happily flattened the not so swirls and swiped it flat. Then realizing too late, we have no food colouring, except of rose syrup concerntrated, Hajar piped bright pink flowerettes onto the iced cupcakes, making it look like a  chlorophyll-less cactus plant  with a cactus flower.

The first batch had gone to 2 households, one box to our best customer for sample and another to Hajar's  father's house in Muar with her this morning.

It was so fun to make the cupcakes. I like.

Resipi dalam format baru

Saya nak kenalkan sepupu saya dari Johor Bahru, Cikgu Kamarudin, seorang guru, chef di rumah, seorang suami dan ayah yang berjaya.  Oleh kerana beliau suka masak dan pandai masak, saya minta dia berkongsi satu resipi dengan kita semua.  Resipi Abang Din ni selalunya mudah tapi sangat enak. Boleh lah cuba ye...

Ikutilah perbualan kami di YM

MASAKAN JAWA AYAM MASAK UNGKEP

kamarudin abd jalil: ayam tua seko (tua sedap,, mesra dan tak hancur)
kamarudin abd jalil: ketumbar dan jintan sesudu  di tumbuk halus
kamarudin abd jalil: bawang besar saatu
kamarudin abd jalil: bawang putih tiga
kamarudin abd jalil: bawang merah dua  (bawang besar tak yah la)
kamarudin abd jalil: tumbuk bawang merah dan bawang putih tadi
kamarudin abd jalil: gaulkan bahan yang ditumbuk  dengan ketumbar jintan tadi dan lomorkan kepada ayam
kamarudin abd jalil: (ayam jagn lupa dipotong2 kecil....jintan guna jintan manis)
kamarudin abd jalil: ambil dua batang serai dititik
Izz: teruskan...

masukkan semuanya dalam kuali
kamarudin abd jalil: masak pelan2
Izz: santan masuk tak?
kamarudin abd jalil: bila ayam dah empuk, masukkan asam keping dan gula secukup  rasa.
kamarudin abd jalil: lupa lak  taruh garam hehehe
kamarudin abd jalil: no santan
Izz: santan xde
kamarudin abd jalil: simple je
kamarudin abd jalil: kalau nak kuah lebih leh tmbah air
kamarudin abd jalil: masa masak pelan2 tu, tutup kuali la
kamarudin abd jalil: biar mesra

Lepas ni kita semua cuba.. Aishah di Kuching, boleh try.  Tapi make sure you know jintan manis tu yang mane.  Thank you, Abang Din.

Wednesday, January 5, 2011

Italian food

Today  Hajar and I had Italiano food for brunch . Mamamia.  Spaghetti dan mushroom soup. Yummy.....

Just buy speghetti for 4rm, prego sause for 4.50, any kind you want. Campbell soup, another 4rm

Then follow the instructions... Viola! Delicious food just like at Aishah's Dellizze in Kuching.

For a fraction of the price.

Tuesday, January 4, 2011

motivasi brian kim - Memulakan hari dengan cara yang hebat

Saya suka motivasi Brian Kim.  Caranya bersahaja, mudah faham dan mengesankan pada hati saya dan juga membuat saya tersenyum.  Tersenyum kerana kagum dengan  telahan nya..  Tapi saya akan olah  sedikit untuk sesuaikan dengan kehidupan kita sebagai orang Islam. .

Topik hari ini, kebaikan memulakan hari kita dengan cara yang hebat.

1.  Mula-mula, tidur dengan betul dan cukup.
2. Solat subuh
3. Baca Quran sedikit atau banyak. Zikir sedikit atau banyak
4. Bersiap. Mandi dan sebagainya. Biar kelihatan cantik dan kemas.
5..Sarapan dengan cara pemakanan yang sihat.
6. Bersenam dalam udara pagi yang segar
7. Membaca suratkhabar atau beberapa mukasurat buku kegemaran
8. Muhasabah diri. Banyak bersyukur dengan pemberian Allah swt

Ada kah kamu rasa, permulaan hari yang hebat akan terbawa-bawa pada waktu seterusnya dan akan memberi kesan pada keseluruhan hari itu?

Ya, kemungkinan besar.

Jadi, raih kesempatan mendapat hari yang hebat dengan menggunakan landasan momentum ini.

Saturday, January 1, 2011

Tahun baru semangat baru

Bismilahirohmanirohim.

Setinggi pujian ke hadrat Ilahi yang telah menolong ku mengharungi tahun 2010 dengan segala yang terjadi.  Sedalam kesyukuran keatas semua rezeki, yang nampak dan yang tak nampak yang telah dikurniakanNya sepanjang tahun lalu.

Allah memberi kita masa lagi untuk cuba menjadi hambaNya yang soleh dengan adanya kita berada hari ini di ambang 2011. Alhamdulilah. Seharusnya kita  memasang niat yang kukuh supaya tahun baru ini kita cuba sebaik mungkin, sedaya upaya untuk membaiki diri kita selari dengan firmannya

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan): dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya". (Surah Al-Ankabut 29:69)

Walaupun saya selalu 'slack' atau selalu menurun dalam amalan saya, saya masih lagi ingin mencuba sekali lagi dan InsyaAllah berkali-kali lagi untuk mengingatkan diri dan mengingatkan orang lain terutama sekali anak-anak yang tersayang.

Tahun 2008 dan 2009 saya mengajar di Rumah Aman sebagai Guru Bahasa Inggeris. 2010 adalah tahun untuk anak-anak saya di mana saya memberi lebih tumpuan pada mereka.  Tahun 2011 ini niatnya untuk kembali mencari ilmu agama seperti di tahun 2004 hingga 2006. Di harapkan Allah menerima niat ini kerana niat yang di terima dan diberkati Allah itu akan berjaya tanpa halangan dan rintangan yang tidak dapat di atasi.  Saya telah banyak lupa bahasa Arab setelah memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris.  Sayang sekali.  Dulu saya boleh juga faham sedikit dari apa yang saya baca dalam Al-Quran, sekarang tersangat sedikit sehingga rasanya sama seperti sebelum saya belajar dahulu.

Dan untuk terus menulis.

Enough about me. 

Bagaimana dengan kamu? Pasangkan lah niat kerana niat adalah cahaya yang tidak luntur walaupun ia sangat halus. The undying flame. Kalau sudah ada niat, ia tidak akan padam walaupun di penyek sekuat mana sekali pun.

Segala sesuatu di dunia ini perlu effort.  Iaitu usaha. Jadi, berusaha lah. Orang Korea synonim dengan motto  Aja Aja fighting nya dan go go chaiyok nya yang bererti 'berusaha'. Memang maju bangsa itu.

Untuk mencapai kejayaan kena bersakit dan bersusah.  Jika tidak, ruyong takkan pecah, sagu takkan terhasil.  No pain no gain.  When the going gets tough, the tough gets going. Jadi, bersedialah untuk berjuang dengan akal, emosi dan anggota kita.

Saya akhiri dengan doa semoga di tahun 2011 ini, yang sakit akan sembuh, yang susah akan senang, yang berharap akan mendapat apa yang di harapkan, yang belajar akan tamat dan berjaya, yang bercita-cita akan tercapai, yang mencari akan berjumpa apa yang di cari. Ya Allah, lembutkan lah takdir Mu kepada kami semua di tahun ini. Ameen.