Thursday, October 7, 2010

diversion

Emmmm....lets put Mercy aside ....until I recover from the humbling experience that I am waaaaay behind.....meanwhile I will hum a song...(from Mimi's CD, a compilation of famous nasyids.)

OK!  I am over it! (Time is precious, chop, chop)

I have been reading alot of western quotes lately which are really inspiring and enlightening, lifting my soul, learning much from it.

However, the quotes we live by are those that contains therein the teachings of Islam.

Two of my favourite Muslim writers are contemporaries, the late Dr Hamka and Dr Aidh Al-Qarni. 

Here I share with you some of their qoutes:

Orang yang redha dan sukacita apabila melihat alam sekelilingnya, timbul lah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia.Redha menghilangkan cela dan aib. Lantaran redha yang telah lekat di hati, kalau ada cela, akan lupa dalam fikiran. Kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal ini bukan di sebabkan bodoh atau gila, tetapi sudah dasar redha memang demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil. -( Dr Hamka)

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Dr Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. (Dr Hamka).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Dr Hamka).

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Dr Hamka).

Perbendaharaan qanaah tidak pernah kekeringan dan tidak memerlukan penjaga sepanjang masa (Dr Aidh Al Qarni)

Ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar ( Dr Aidh)

Jalanilah hidupmu dengan gembira, kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan anda (Dr Aidh)

Lakukanlah apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda (Dr Aidh)

Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yang lama, bak kesayuan pandangan mata (Dr Aidh)

Anda lebih bahagia memberi sepotong roti berbanding orang yang menutup pintu kepada para pengemis (Dr Aidh)

No comments: