Hari ni hari jumaat. Niatnya tiap-tiap hari jumaat nak tazkirah lah sikit-sikit.Kalau kena bukak kitab yang berlambak-lambak ni, saya akan bukak. Usaha yang tak seperti untuk amar makruf. Untuk semua yang baca blog saya ni, terutama sekali azharul hayati .
Hari ni saya nak kongsi amalan-amalan yang telah di ajar kepada saya oleh orang orang 'lama'. Orang orang yang hebat. Kita mesti ade petua .Tak boleh kosong, tanpa perisai. Entah ape ade kat luar sana. Kalau kita dengar cerita orang dahulu, mereka hebat, sebab mereka penuh dengan syarat-syarat tubuh mereka. Di sini, saya turunkan pada semua pembaca, bukan syarat tubuh, tetapi syarat hidup. hehehe
Mula-mula sekali. betulkan niat kerana Rasullulah saw bersabda, Sesungguhnya pekerjaan itu dengan niat. So, sebelum buat ape-ape, periksa niat dulu kerana, kesudahan yang baik hanya terjadi dari niat yang baik.
Pertama, jagalah Allah dan Allah menjaga kamu. Jagalah hubungan dengan Allah supaya Allah sayang dan jaga kita. Apa yang Allah suruh buat, kita tak ikut. lepas tu selalu get into trouble.
Kedua, Untuk tangani stress, Istighfar. Banyakkan istighfar kerana ia membuat kehidupan kita lebih tenang dan mudah.
Ketiga. Keluar rumah, bacalah 4 qul dan ayat kursi supaya di lindungi Allah dari seribu satu macam dugaan.
Keempat.Bila di timpa musibah, baca Innalila wainnailaihirojiun. Kerana semuanya dari Allah belaka. Tak kira, musibah kecil atau besar, doa ini bukan untuk kematian sahaja. Ia untuk semua jenis musibah. Hilang handphone, hilang kucing, hilang kekasih. Lagi pedih hati tu, lagi kerap baca dan topup dengan Lahaulawalakuwataillabillahil 'aliyil azhim.
Kelima. Pemanis muka, Selawat tafrijiah dan sedekahkan senyum anda.
Keenam. Pemudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan yang mencabar, baca robi yassir wala u'assir ya tammamu bi khair
Ketujuh. Bila tak ade jalan keluar buntu dan confuse, baca ayat seribu dinar.
Kelapan. Pemanis mulut. Robbisyrohli.....
Kesembilan. Bila nak travel, buatlah 2 rakaat solah musafir. Banyak kali saya di'jaga' bila travelling dengan amalan ini.
Kesepuluh. Pemutih muka. Ambil wuduk sebelum subuh . Baca doa basuh muka ketika ambil wuduk. Allahuma baiyidh wajhi yauma tabyadhu wujuhun wa taswadu wujuhun. (kena check balik)
Itu sajalah untuk hari ini. Nanti sambung lagi. Saya rasa kita selalu baca dalam buku2 doa semua yang tetulis di atas tapi kita tak amal. Ape guna cari ilmu tapi tak amal. Buang masa baca buku, buang duit beli buku. Untuk saya, sikit pun takpe, asalkan istikomah sebab lagi lama kita amal, lagi berkesan.
Lagipun, ada macam-mcam ilmu kat luar sana, yang baik yang tak baik. Yang sesat pun banyak. Amalan amalan ni sekadar membantu kuatkan sikit diri kita yang banyak sangat kelemahan ni, insyaAllah.
Oh ye....pengeras dia.....paling penting....IKHLAS KERANA ALLAH
No comments:
Post a Comment