Yesterday I received an email that showed a few examples of the luxuries belonging to the King of Brunei. MasyaAllah rezeki yang Allah beri pada dia. Boleh di katakan duduk dalam Istana emas, sebab barang dan perkakas baginda banyak yang di perbuat daripada emas. Kalau kita bangga kita punya gelang dan rantai emas, cuba fikir sinki nya sahaja di buat daripada emas. Saya pernah dengar dulu, labuci-labuci di pakaian Sultanah Brunei itu sebenarnya berlian, apetah lagi yang lain-lain. Bagaimana agaknya hidup dalam serba kegermilapan kerana yang melitupi mereka, yang shining and sparkling semuanya. Seharusnya yang pudar pun jadi bersinar.
Semalam juga saya menonton program Bersama Mu, di mana dipaparkan kisah seorang nenek yang menjaga 5 orang cucu-cucu yang kehilangan ibu bapa. Mereka tinggal di rumah usang dan nenek itu pun semakin uzur, terpaksa minta bantuan. Kalau kita yang masih gagah ini sentiasa berfikir bagaimanala masa depan anak kita, ini kan nenek tua tersebut. Lebih berat lagi kerisauan beliau sebab duit tak ade, kekuatan tak ade, cucu pun semakin besar, semakin banyak keperluan dan cabaran.
Dalam hidup ini Allah telah jadikan segala sesuatu mengikut kadar yang tertentu. Ada orang kaya, ada pulak yang miskin. Ada orang sihat, ada pulak yang sakit. Ade yang pandai, ada yang kurang pandai. Semuanya mengikut ilmu Allah yang maha bijaksana. Tak terjangkau oleh akal kita aturan Allah di seluruh alam ini.
Kita sebagai hamba Nya hendak lah mendalami ilmu Nya, barulah kita faham. oooh gitu...yang kaya kena tolong yang miskin.....oooh gini,,,yang susah dapat pahala dengan setiap detik dia bersabar......oooo.....yang pandai ada tanggung jawab menjalankan fardhu ain, fardhu kifayah......yang pandai jadi guru-guru mengajar yang kurang pandai.....yang kurang pandai akan bantu yang pandai dalam membuat sesuatu. Kalau semua jadi doktor, sapa pulak yang pergi ke hospital?Kalau semua nak mengajar, siapa nak isi kelas kelas ?
Kalau boleh kita nak jadi yang merawat dan mengajar tapi mungkin Allah dah atur sebaliknya. Kita jadi yang tak berape seronok tu. Kita yang di cucuk jarum, kita yang di marahi kerana tak faham faham, kita yang poket kosong dan kita yang tak boleh duduk rileks kerana kerja bertambun tambun dan besok tambah lagi. Kita yang terpaksa gadaikan gelang emas yang hanya seurat itu demi membesarkan anak-anak dan bukan yang basuh tangan dalam sinki emas.
Yang penting dan terutama sekali, di darjat mana pun kita ini, ialah kita ingat Allah. Yang susah selalu terpancul dari mulutnya Ya Allah ya tuhan ku.. Ya Allah, bantu la aku.. Itu satu kelebihan yang amat besar kalau di bandingkan dengan yang senang.....
No comments:
Post a Comment