Sabar itu satu anugerah Allah pada kita. Kalau Allah tak beri kita sabar, kita tidak akan punya daya tahan yang di perlukan.
Saya telah banyak juga membaca buku2 bagaimana nak betulkan hidup dan diri. Macam-macam approach, macam-macam teori. Ada yang mengatakan, jika kita benar-benar fokus dalam minda kita, sesuatu yang kita mahu, benda itu akan dapat diperolehi. Ada yang kata sekiranya kita dapat tahu apakah kekuatan kita dan hidup dengan menggunakan kekuatan itu, kita akan berjaya. Ada yang betul, ada yang susah nak apply dan ada banyak yang tak sesuai dengan prinsip agama kita kerana lebih pergantungan pada diri sendiri dan kurang pergantungan pada Allah swt.
Banyak teori yang berteraskan kekuatan diri. Bahaya nya ialah bila diri sudah berasa kuat dan perkasa, kuranglah pulak kita ingat akan agungnya Allah swt.
Contoh, kita menjadi orang berjaya dengan menggunakan salah satu teori yang ada di dalam buku di pasaran. Tetapi, bolehkan ia menjadikan kita orang yang lebih bertaqwa? Jika dengan berjayanya kita, kita semakin kekurangan masa untuk beribadat, maka, teori itu harus di buang. Jika kejayaan itu membuat kita hanyut dengan cara hidup yang serba mewah dan selesa sehingga kita hilang sifat ihsan dan prihatin kepada orang yang kurang bernasib baik,maka teori itu juga harus di buang.
Jika kita berjaya di dunia dengan iman yang tidak berkurangan sedikit pun, semakin berjaya, semakin kuat beribadat, semakin sedar bertapa Allah menyayangi kita dengan limpahan rezkiNya, dengan pemeliharaanNya di atas diri kita, dengan keberkatanNya, maka, kita Alhamdulilah, menggunakan teori-teori yang betul.
Tetapi, positif thinking itu boleh di 'apply', kerana ia sama dengan 'husnu zhon' iaitu bersangka baik terhadap Allah dan insan.
So, moral of the story, watch where we are going.
No comments:
Post a Comment