Jangan lah kita bersedih jika kita tak cantik seperti siti norhaliza (atau jlo!!) Kenapa kita berjerawat, hidung pesek. Rambut kita tak secantik rambut jennifer aniston. Dah berminggu-minggu diet pun tak kurus2 jugak.
Kita lihat bangalow-bangalow indah di persisir bukit dan di kawasan2 ilit, dan terpatul dari mulut kita, WOW! (berapa juta??)Dan terbayang terus dalam kepala saya bibik-bibik yang sedang mop, sedang masak di dapur, sedang memandi kan anak tuanrumah. Tak mungkin rumah agam itu di uruskan seorang bibik sahaja. Tersangat besar dan terlalu banyak tingkap2nya. Lap tingkapnya sahaja dari pagi ke petang.
Kita tengok orang yang berpangkat besar. Jalannya bertenaga, cakapnya pun berkeyakinan, pakaiannya mahal dan berjenama. Bila dia lalu, semua orang akan ke tepi.Kereta mewah menunggu di luar. BMW, merc, honda dan volvo model terkini.
Kita perhati bahagia nya sesetengah pasangan. Perkahwinan dah masuk tahun ke 30, masih loving, masih mesra dan manja dengan suami, bersayang-sayangan.
Saya ada kenalan yang mempunyai semua yang di atas. Cukup dan lengkap. Dan masih lagi meningkat dalam hidup mereka. Syukur Alhamdulilah.
Kita pulak bagaimana?
Ada rumah, tetapi cozy sahaja.(kecik) Rupa paras, sederhana, walaupun tak boleh masuk iklan. Kereta, yang terkecil di atas jalanraya. Pendapatan, cukup tapi tidak mewah. Yang tak di sebut tu,tak ada lah maknanya.
Firman Allah swt
"Janganlah engkau menumpukan perhatianmu kepada kesenangan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka sebagai bunga kehidupan di dunia, kerana Kami mahu menguji mereka di dalamnya, dan rezeki (pemberian)Tuhanmu adalah lebih baik dan kekal" (Taha ayat 131)
Janganlah kita ingat Allah tak adil pada kita, hanya Allah sudah mengatur semua dalam hidup ini mengikut kebijaksanaaNya.
No comments:
Post a Comment