Walau apa pun yang kita belajar di sekolah, ada satu lagi sekolah yang bagi saya, lebih berkesan pembelajarannya. Dan apabila lanjut usia kita, bermakna kita telah sampai ke universiti kehidupan. Bertuah lah sekiranya yang di pelajari di sekolah kebangsaan dan sekolah kehidupan itu selari. Kerana kalau tidak, kita boleh keliru.
Kita di ajar kebesaran agama tetapi di dunia ini, harta, pangkat dan rupa menjadi ukuran. Yang kaya dan berpangkat berkuasa dan yang cantik menjadi rebutan. Saya dengar satu tempat itu mengambil pekerja yang ada rupa sahaja. Ini bukan sebagai pengacara ya, ini sebagai sales girl sahaja.
Kita di suruh berbuat baik kepada semua tetapi selalu kita dengar orang baik senang-senang 'dimakan' atau di kenakan oleh orang lain sehingga kita takut berbuat baik.
Sekolah mengajar kebersihan tetapi kenapa pantai-pantai kita kotor dan tercemar. Tak meresap masuk ke dalam jiwa mereka agaknya subjek pendidikan moral.
Kita di ajar akhlak, ibubapa hantar anak ke sekolah agama, tetapi buang anak semakin menjadi-jadi. Tidakkah si ayah muda rasa bersalah, sanggup biarkan kekasih hati melalui akibat 'keseronokan bersama' keseorangan? Adakah anak-anak jantan kita jenis 'jerks' dan 'hampeh' semuanya yang tak langsung bertanggung jawab?
Sekolah mungkin mengajar banyak sylabus, tetapi sekolah kehidupan lebih dasyat ujian-ujiannya.
Apabila kehidupan menguji subjek nafsu, kita semua fail dengan F yang merah menyala.
Ada yang kita sangka berilmu, dengan imej lengkap seorang yang berilmu, rupa-rupanya macam kita jugak.
Mungkin Picipu boleh 'attest to' tajuk post saya ini. Apa yang di pelajari di medical school jauh berbeza dengan apa yang di tugaskan di hospital sehingga dia di hadapi dengan 'career crisis' dan 'internal crisis' yang mengancam kebahagiaannya. Apabila di campakkan ke hospital kehidupan yang bersaudara dengan sekolah kehidupan, maka, yang perlu semestinya 'dalaman' yang kuat. There goes all the papers.
Saya selalu memarahi Olive kerana suka berdandan. Baginya berdandan itu penting. Agaknya didapati dunia ini lebih baik pada orang yang kelihatan cantik. Saya kata padanya, kita tidak boleh mempamerkan kecantikan, tetapi dunia mengajar yang sebaliknya.
Tetapi perasan ke tidak, sebenarnya kecantikan yang datang dari Allah itu kecantikan sebenar. Walau cantik mana seseorang pekerja, sekiranya tidak di sertai akhlak, lambat laung akan mengecewakan majikan. Yang berkuasa, jika tidak bersertakan iman, akan hancur dek godaan-godaan yang maha hebat. Undang-undang kehidupan yang rapuh akan menghasilkan insan-insan yang rapuh, pegangan yang rapuh yang lambat laung akan hancur juga.
Oleh sebab itu, kita hendaklah kembali pada Allah, walaupun sekolah kehidupan membuatnya amat sukar sekali berbuat demikian. Akhirnya kita graduate dari Universiti kehidupan dengan satu 'pertemuan', iaitu betapa pentingnya iman dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment