Saya lihat di blog Aishah ada yang telah menulis, Kemanisan Dalam Ujian. Subhanallah, beruntung nya seorang insan yang dapat kemanisan dari ujian...sememangnya ada keindahan dalam jiwa nya. Hanya jiwa yang mempunyai keindahan yang akan mengeluarkan keindahan. Bukan semua dengan semulajadi ada kelebihan ini, dan oleh sebab ini lah, jarang-jarang benar orang mengecapi kemanisan bila di landa musibah. Melainkan para-para wali dan yang seangkatan dengan nya Jika tidak melalak dek kesedihan, menjerit dek kemarahan, tidak pun putus asa dan menjadi orang yang pesimis dan hilang keyakinan dalam hidup dan orang lain.
Saya manusia lemah yang masih di hantui kecelakaan masa lampau yang berlaku sudah sekian lama. Hodoh betul diri ini yang hilang keyakinan, yang nampak perkara yang buruk-buruk sahaja. Tetapi, ini lah kenyataan diri saya, buat apa saya lakarkan gambar yang sebaliknya.
So, moral of the story, di dalam diri semua orang, boleh di keluarkan khazanah hati yang indah atau pun hodoh. Perhati-hatikan lah. Jika rasa nya teruk bagaikan monster, banyak-banyak lah tarbiah kan diri dengan superimpose sifat-sifat yang baik. Percaya lah, akal kita boleh merosakkan kita dan juga orang lain jika situasi menghendakkannya. Bila sedih bercampur marah, bercampur sempit bercampur pahit, monster lah jadinya. Apabila bercampur nafsu bercampur tamak, bercampur pentingkan diri sendiri bercampur aniaya, jadilah monster yang lebih besar, yang makan orang lain.
No comments:
Post a Comment