Salam sejahtera dan selamat pagi.....lama saya tidak menulis...tak tau lah, kena sampuk ke, stress ke atau sebab-sebab yang tak di ketahui, jangan kan menulis, berfikir pun tak boleh. Saya rasa seolah-olah akal saya di litupi kabus tebal, tak nampak apa-apa. Kalau di tanya apa-apa pendapat, rasa nya saya tak dapat jawab. Alhamdulilah dengan solat dan mengaji, semakin jelas proses akal ini. Itu lah agaknya yang di katakan mati akal ke, akal buntu ke, tak tau lah. Jangan sihir, sudah.
Saya akan mula menjahit kembali setelah sekian lama berhenti. Untuk mengisi masa di long house. Mesin jahit lama yang banyak berjasa pada saya dan keluarga telah sampai ajalnya apabila ia pecah ketika tiba di Kuching. Dengan hati yang amat berat, saya sedekahkan pada seorang pakcik di masjid yang kata dia boleh baiki. Saya sudah beli mesin baharu tetapi tak sama dengan mesin lama kerana ia telah menjadi saksi banyak kisah-kisah yang pahit manis ketika hayatnya bersama saya, kerana pada satu ketika , sebahagian pendapatan saya adalah dari hasil menjahit cadar-cadar.
Yang sedihnya, pada permulaan nya lagi, ketika saya mula-mula belajar menjahit cadar, dan mengangkut mesin lama ke hulu ke hilir, saya telah di duga dengan dugaan-dugaan yang berat dan aneh. Pada masa saya menghadiri kelas di kl, ketika itu saya tinggal di kota bharu, dugaan bermula dengan Aishah jatuh sakit kuning. Jaundice. Bukan sakit yang ringan-ringan, tetapi sakit yang sangat kami hendak jauhi walaupun kami semua pembawa hepatitis B, dan arwah ibu pada masa itu telah mula complication yang berasal dari penyakit ini. Kursus terpaksa di habiskan juga dengan cepat dan bergegas-gegas pulang. Dan selepas itu mula lah kehidupan yang serba bergegas-gegas.
Sebagai ketua keluarga saya, saya teruskan juga menjahit dan berhasil mendapat pendapatan yang boleh menyara anak-anak. Akan tetapi, diantara waktu saya bermula menjahit pada 2000 hingga lah saya berhenti pada 2002, iaitu di samping mencari kain, memotong kain, menyantum dan kemudian mengemaskan jahitan, hidup kami di rundung bermacam-macam penyakit. Masa itu, saya dah tak sedar apa yang saya lakukan, bukan saya yang handle masaalah, masaalah yang handle saya. Seumpama orang yang berputar dalam puting beliung rasanya, tak mampu hendak keluar.
Aduhai.....saya wajib banyak beristighfar, terlampau banyak dosa. Dugaan lagi, dosa lagi, masaalah sendiri, masaalah orang lain yang melanda hidup saya. Tetapi ada sesuatu yang saya belajar yang saya hendak kongsi bersama hari ini.
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah At-taghaabun ayat 11).
Banyak yang saya tak tahu, tapi apa yang saya tahu ialah, Allah menyuruh kita bergantung pada Nya dengan solat, berdoa dan meminta padaNya, bersabar dan bersyukur. Ini semua jalan-jalan penyelesaian masaalah. Bila kita lakukan ini semua, separuh beratnya masaalah itu telah di angkat. Tambah lagi dengan istighfar dan menjauh perkara-perkara yang tidak baik dan petunjuk yang berlandas kan ajaran AlQuran, insyaAllah lambat laun, masaalah dapat di atasi sepenuhnya.
Kita manusia biasa yang selalu membuat salah, salah hitung, salah tafsir, salah fikir, salah langkah. Lagi-lagi jika salah silapnya bermula terlalu lama dahulu yang tidak di perbetulkan. Jangan terlampau menghukum diri, belajar lah dari kesalahan itu dan biar ia berlalu. Minta maaf, maaf kan orang, dan maafkan diri sendiri. Dan isikan hidup dengan perkara-perkara yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment